Monday, May 28, 2007

Usaha baru tingkat harmoni kaum di Singapura

Dalam usaha meningkatkan keharmonian di Singapura, kerajaan republik itu kelmarin melancarkan apa yang namakan “onepeople.sg”.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong, program “Onepeople.sg” itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap budaya lain, membantu orang ramai supaya lebih sensitif sewaktu berinteraksi dan menjadi pusat satu hentian maklumat bagi isu-isu antara agama dan bangsa.

Dalam ucapannya, Lee berkata, “program tersebut akan meningkatkan kesedaran terhadap budaya lain, membantu orang ramai untuk lebih sensitif dan memahami apabila mereka berinteraksi dan menjadi satu pusat hentian maklumat mengenai isu-isu antara agama dan bangsa,'

Beliau juga berkata, ”kita juga akan memastikan masyarakat minoriti mempunyai ruang untuk menghidupkan warisan mereka dan tidak rasa tertekan dengan masyarakat majoriti Cina.

No comments:

Post a Comment