Saya tertarik dengan cadangan Exco Agama, Belia & Mesra Rakyat Selangor di Berita Harian pada 20 Mei supaya blog diguna bagi mematahkan pemesongan akidah umat Islam.
Dalam memberi komen kepada gesaannya itu saya rasa memang baik juga ia dilakukan walaupun dikira agak suntuk. Ini kerana cara memesongkan akidah dalam internet telah lama berlaku. Hairan juga kenapa baru sekarang di sedari pihak atasan?
Bagi mereka yang sering berinteraksi dengan laman -laman web, blog dan lain-lain jentera interaksi sosial yang terwujud dalam dalam internet, ia telah lama menjadi persoalan dan isu. Saya di antara ratusan yang terasa begitu. Saya mempersoalkan kenapa pihak berkuasa mengambil ringan terhadap perkara-perkara seperti ini hingga sampai peringkat di mana agak payah untuk ia dibendung.
Di tahap ini yang lebih serius bukan blog atau laman web yang cuba memesongkan akidah umat Islam saja, tetapi komen-komen terhadap 'posting' di laman-laman blog yang secara terang menghina Islam dan junjungan kita Nabi Muhammad SAW hampir setiap hari.
Jika isu mempermainkan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk karikatur dan katun di Eropah disambut dengan rusuhan dan tunjuk perasaan di hampir kesemua negara Islam, saya rasa apa yang berlaku di blog-blog membahaskan isu-isu Malaysia yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.
Apabila dipersoalkan, rata-rata para 'aktivis' Internet cuba mempertahankan tindakan segelintir anasir subversive di blog ini dengan mengatakan ia adalah sebahagian daripada dimensi kebebasan ekspresi yang perlu dilindungi.
Saya bersetuju dengan konsep kebebsasan Estet Ke 4 (akhbar) dan ekspresi individu dalam konteks ini. Bagaimanapun, jika ia jelas menikam sensitiviti berhubung agama Islam, maka ianya menjadi satu transgresi perundangan. Ia tindakan jenayah yang perlu diambil tindakan segera.
Sunday, May 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment