Wednesday, May 23, 2007

Kenaikan gaji kakitangan kerajaan

Tidak kira apa yang dianggap pihak pembangkang atau siapa saja, keputusan menaikkan gaji kakitangan awam memang tepat pada masanya. Ia boleh dilihat dari pelbagai perspektif -- samada sebagai strategi memancing sokongan menjelang pilihanraya ataupun niat murni bagi menangani beban pekerja di sektor awam.

Tahniah Pak lah dan tahniah kepada semua kakitangan awam. Kepada Pak Lah saya kira tak payahlah difikirkan tentang tohmahan daripada pembangkang kerana jika mereka sendiri memimpin negara, mereka juga tidak akan dapat lari daripada menangani isu ini. Dan jika kenaikan gaji ini secara kebetulan menyebabkan sipenerima berasa ingin membalas jasa kerajaan dengan terus menyokong kepemimpinan masakini, apa salahnya?

Samada ia satu strategi menjelang pilihanraya atau sebaliknya, yang jelas dalam politik apa pun boleh berlaku dan pembangkang tidak terkecuali.

Hanya satu pesan saya: dengan rezeki yang dianugerahkan ini diharap lebih telus, berkesan dan proaktiflah sektor awam dalam menjalankan amanah rakyat.

No comments:

Post a Comment