Saya terbaca posting terkini Ahiruddin Atan dalam blognya, Rocky's Bru sebentar tadi. Rocky memetik Menteri Penerangan itu sebagai berkata "yang dah berhenti dan diberhentikan, like Kadir and Rocky" kini hanya menggunakan pengikut mereka semasa menjadi pengarang dulu bagi kepentingan agenda blog masing-masing.
Saya rasa Zam salah tanggapan dalam hal ini. Walaupun ada segelintir rakan kedua-dua mereka ini mengikuti dan akur dengan (apa yang dianggap) agenda yang tersirat, lebih ramai yang berpendirian sendiri dan tidak perlu menjadi pak turut atau penyokong mereka itu.
Diharap Zam bacalah sendiri blog-blog yang tersiar setiap minit di Internet. Moga-moga akan terbuka hati untuk memahami realiti yang terkandung bahawa bukan semua yang ditulis merugikan dan bukannya semua yang berfikiran sempit dan hanya mencari kesilapan.
Wednesday, May 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment