Pada mulanya ramai yang mengsyaki penahanan pada 4.45 petang itu bersabit kesalahan di bawah jenayah siber seperti yang dijelaskan seorang anggota polis apabila ditanya. Bagaimanapun, sebab sebenar tidak dapat dipastikan.
Berikutan penahanan itu, seperti yang diagak, rata-rata masyarakat blogger pembangkang melenting dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pihak polis dan kerajaan. Mereka tidak berlengah untuk memanipulasikan isu tersebut. Dakwaan polis bertindak secara kuku besi, membelakangkan prosedur undang-undang dan dakwaan bahawa penahanan itu dilakukan berikutan arahan daripada pihak atasan berhembus kencang.

Kepantasan isu penahanan Nat dieksploitasikan oleh beberapa pihak tempatan dan antarabangsa memberikan semacam kesahihan kepada teori konspirasi yang mengaitkan Anwar menerusi dalang-dalang luar yang dikesan pertalian hingga ke Jabatan Negara Amerika dan Yahudi.
Ia dengan jelas meletakkan tandatanya besar mengenai tanggapan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu mendapat bantuan kewangan daripada anasir antarabangsa yang menggunakan ketidakpuasaan peribadinya sebagai helah untuk campur tangan dalam sistem demokrasi Malaysia.
Kini, Nat telah dibebaskan dengan jaminan. Dia perlu melaporkan diri kepada pihak polis dalam beberapa hari bagi siasatan selanjutnya.
Dalam menangani perlekehan daripada pembangkang berhubung isu tersebut, kita berasa agak mual dengan segala imej 'kebenaran' yang ditonjolkan mereka. Tidak guna kita bertegang urat dengan mereka kerana mereka ini jenis manusia bebal yang hanya dapat melihat segala-galanya daripada perspektif sempit.
Bagi rakyat Malaysia yang lebih berpendirian rasional, tindakan itu semestinya mempunyai sebab tertentu. Terlalu awal untuk menghukum pihak polis atau sistem perundangan. Mereka tidak mungkin sebodoh itu untuk melakukan sesuatu sesuka hati di zaman globalisasi yang begitu terbuka ini.
Saya rasa walaupun terdapat landasan tertentu dalam prosedur penahanan dan tangkapan menurut undang-undang, namun keperluan semasa kadangkala memerlukan tindakan luar biasa. Tindakan diluar prosedur biasa bukan sekadar berlaku di negara membangun. Ia lebih sering berlaku di negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Bagaimanapun, selain beberapa suara minoriti menegur perlakuan itu, ia tidak sehebat konspirasi dunia barat terhadap negara membangun seperti Malaysia -- dengan bantuan anasir-anasir dalaman sendiri.
No comments:
Post a Comment