Thursday, June 7, 2007

Karen Armstrong di Malaysia untuk promosi kefahaman di antara Islam dan Barat


Pengkaji sejarah, penulis dan di antara ahli fikir paling provokatif dan berpengaruh mengenai peranan agama di dunia, Karen Armstrong, akan berada di Malaysia bagi mempromosikan kefahaman dan perdamaian di antara Islam dan dunia barat.

Pada pukul 10 pagi Sabtu, 16 Jun, 2007, beliau akan hadir di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur untuk menyampaikan syarahan berjodol “Peranan Agama di Abad ke 21.”

Ini dikira satu-satunya acara yang patut dihadiri.

Hari ini apabila dunia barat diperhatikan sebagai terlalu lantang dan seolah-olah bermusuh terhadap agama Islam dan di mana Islam sentiasa ditakuti, disalahfaham dan diperperburukkan, Armstrong muncul sebagai seorang kawan dan pejuang kedamaian.

Beliau telah menghasilkan pelbagai buku mengenai agama dan sejarah agama, termasuk Islam. Penulisannya yang berdasarkan penyelidikan mendalam, amat dihormati.

Pada 1991, selepas fatwa dikeluarkan ke atas penulis Salman Rushdi, Armstrong menerbitkan bukunya berjodol, “Mohammad: Percubaan Barat untuk Memahami Islam.” Karya tersebut adalah jawapan beliau terhadap pemikiran serta perspektif negatif berhubung agama Islam setelah fatwa tersebut dikeluarkan.

Arsmtrong, antara intelek agama paling terkemuka di barat ialah seorang bekas rahib Roman Katolik dan jurulatih di Leo Baeck College, London – sebuah pusat latihan paderi Yahudi terkemuka. Beliau juga seorang penyiar dan penulis ruangan akhbar. Beberapa buah bukunya telah diterjemahkan ke dalam lebih 40 bahasa.

Antara lain, beliau telah menghasilkan buku “The History of God” (Sejarah Tuhan) yang mendapat sambutan begitu menggalakkan di serata dunia. Beliau juga membantu dalam penerbitan siri TV PBS yang diacarakan oleh Bill Moyer di Amerika Syarikat. Buku-buku beliau yang lain termasuk “Jerusalem”, “The Gospel According to Women”, “Holy War, Muhammad”, “The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam: A Short History.”

Bukunya, “ The Spiral Staircase: My Climb Out of Darkness,” menjadi di antara karya paling popular dalam masa yang singkat setelah diterbitkan.

Sememangnya seperti mana-mana penulis, Arsmtrong mempunyai ramai pengkritik. Bagaimanapun, nama beliau diketengahkan kerana beliau berani dan dengan secara ikhlas menawarkan dunia “ pembetulan penting” terhadap perspektif sempit dunia agama Islam.

Arsmtrong, dalam penulisannya menengahkan Islam sebagai sebuah agama yang begitu maju dan berkembang pesat – berbeza daripada fenomena pandangan sempit dan kompleks yanag wujud masakini.

Penulisananya mula condong kepada isu-isu Islam dan dunia barat sejak tragedi 9/11 di Amerika Syarikat.

Jadual lawatan Armstrong ialah dari 17 hingga 20 Jun. Beliau juga akan berada di Residence Hotel, Kajang untuk berucap pada majlis dailog “Inter-Civilizational Youth Engagement Programme” (IYEP) yang bakal dihadiri oleh lebih 50 wakil belia dari seluruh dunia.

(dipetik dan diterjemah dari blog Nuraina Samad)

No comments:

Post a Comment