Dalam kenyataannya baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:
"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan"

Kenyataan Anwar yang dibuat pada 20 Mei 2007, ketika isu bersabit yayasan Foundation for the Future itu menjadi fokus utama media massa, juga bercanggah dengan kenyataan media beliau bertarikh 16 July 2006.
Menurut kenyataan yang tersiar dalam blog beliau (anwaribrahim 3.5), Anwar berkata, “Walaupun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi.
Beliau sengaja menggunakan istilah ‘Pemerintah’ bagi mengaburkan maksudnya. Persoalannya, siapakah dan negara manakah yang dimaksudkan dengan ‘Pemerintah’ Yayasan itu? Adakah Qatar, Jordan, Bahrain atau Amerika Syarikat (penaja utama yayasan)? Sudah pasti jawapannya ialah Amerika Syarikat.

Persoalannya, jika Amerika Syarikat tidak membantu, mengapa Jawatankuasa Eksekutif perlu mengadakan perbincangan tertutup atau menghantar laporan gerak kerja kepada Jabatan Negara Amerika?
No comments:
Post a Comment