Selepas Mufti Perlis, Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria juga berpendapat Anwar Ibrahim perlu bermuhabalah (bersumpah) berhubung tuduhan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan jika tidak dapat membuktikan di mahkamah.
Harussani berkata demikian hari ini sebagai mengulas saranan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abdin semalam.
Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberi perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah dia (Anwar) perlu bersumpah."
Semalam, Asri menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah' atau bersumpah.
Katanya, "Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."
Harussani menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.
No comments:
New comments are not allowed.