Monday, July 7, 2008

Anwar masih belum memutuskan untuk bermuhabalah...

Dipetik dari blog Another Brick in the Wall


Sepuloh tahun dulu, Anwar enggan membuat bermubahalah kerana menganggap dirinya teraniaya. Katanya, doa orang teraniaya dikabulkan tuhan. Malam tadi Anwar berdalih lagi tidak mahu Mubahalah.

Dia menyatakan keengganannya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam. Dengan stail biasa "menjual nama", Anwar berkata dia dinasihat oleh ulama-ulama di dalam dan luar negara.m
Jika dahulu, jawapan dia masih menunjukkan kepercayaan kepada amalan Mubahalah, adakah kali ini dia sudah tidak percaya? Adakah kerana kali ini dia sedang memainkan pelbagai sandiwara konspirasi, maka skrip konspirasi teraniaya tidak boleh digunakan lagi?

Alasan yang diguna Anwar hanya mengambil peluang dari perbezaan pendapat ulama. Namun, adakah benar Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya berkata demikian?

Mengikut laporan, Dato Harussani hanya katakan lakukan Mubahalah jika tidak ada bukti zahir.

Dengan memutarbelitkan kenyataan Dato Harussani berkenaan bukti zahir, Anwar mula menggunakan alasan keperluan empat saksi dalam mahkamah syariah.

Padahal mahkamah syariah tidak ada peruntukkan dalam kes-kes jenayah dan penggunaan bukti DNA masih belum jelas dalam perundangan Islam.

Perbezaan ulama membawa rahmat kerana ia memberi pilihan untuk mencari satu penyelesaian yang sesuai kepada suasana dan situasi. Dalam konteks ini, kepentingan masyarakat harus mendahului keegoaan peribadi.

Apa salah Anwar dan Saiful lakukan Mubahalah sebagai jalan untuk membawa keamanan dan ketenteraman masyarakat? Apa salah usahakan sesuatu yang meredakan kegelisahan, kekeliruaan dan perselisihan pendapat orang ramai?

Berani kerana benar, takut kerana salah.

No comments: