Friday, July 18, 2008

Bekas peguam Razak Baginda akan beri keterangan polis berhubung kes Balasubramaniam


Masih ingat M.Puravelan, peguam pertama yang mewakili Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shariiibu?

Peguam berjambang badan sasa yang juga seorang pakar seni mempertahankan diri Aikido itu hari ini dipanggil untuk soal-siasat polis berhubung akuan bersumpah P.Balasubramaniam.

Soal-siasat tersebut sebahagian daripada penyiasatan polis berhubung akuan bersumpah Balasubramaniam di mana dia mendakwa Abdul Razak memberitahunya bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenali Altantuya dan pernah mengadakan hubungan sulit dengannya.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menarik-balik akuan bersumpah berkenaan sehari kemudian sebelum menghilangkan diri. Polis telah memperolehi satu lagi akuan bersumpah daripada Balasubramaniam di mana dia menyatakan akuan bersumpahnya terdahulu, yang disiarkan secara awam oleh Anwar Ibrahim dibuat secara tertekan.

Puravalen diambil sebagai peguam oleh keluarga Abdul Razak bagi mewakilinya selepas ditangkap pada lewat 2006. Peguam tersebut, bagaimanapun, kemudian menarik diri dan digantikan dengan K.K.Wong.


 

No comments: