Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim mudah sekali menangguk di air keruh.
Dia mentafsirkan isu tindakan Tun Mahathir keluar UMNO dua hari lalu sebagai pentanda buruk yang kononnya bakal merebak ke akar umbi, lantaran menyebabkan UMNO hilang fokus dan kredibiliti.
Sebagai seorang pemimpin parti pembangkang, takjub jugak mendengar pendirian Salehuddin ni. Mungkin ada di antara orang yang akan menelan bulat-bulat pandangan oportunisnya itu. Apakah munasabah bagi orang seorang PKR mengambil berat tentang keutuhan UMNO walhal seluruh jentera PKR telah sekian lama menumpukan perhatian dan tenaga untuk memburukkan UMNO bagi kepentingan sendiri.
Saya ingin mengingatkan Salehuddin bahawa rakyat Malaysia, tidak kira ahli afiliasi politik tidak semudah itu dipengaruhi pemikiran sempat seperti ini. Jika Salehuddin sampai hati menyuarakan 'ancaman' ini, ia sebenarnya mencerminkan kebarangkalian ia tercetus dalam mindanya sendiri...fikirkanlah.
No comments:
New comments are not allowed.