Monday, May 19, 2008

Apakah implikasi tindakan Tun Mahathir keluar UMNO?


Tun Mahathir mengumumkan penarikan dirinya dari UMNO. Tindakan itu dikatakan berikutan cabaran daripada beberapa suara semasa perjumpaan dengan pemimpin Umno dan orang ramai di Alor Star pagi tadi.

Penarikan dirinya itu, bagaimanapun bukan untuk menyertai parti pembangkang. Beliau menyuarakan niat untuk berdiri bebas sehinggalah gesaannya supaya diadakan pertukaran pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan menjadi kenyataan.

Tindakan Tun itu mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin kanan parti. Sebilangan besar berkata beliau mempunyai hak untuk menarik diri walaupun perlakuan tersebut tidak dinafi memungkin pecah-belah lebih serius dalam UMNO.

Veteran UMNO Tan Sri Aziz Tapa melahirkan rasa terkejut. Beliau menganggap tindakan Tun itu sebagai tidak betul kerana Tun begitu cintakan UMNO. Tapi, mungkinkah kerana rasa sayang yang begitu mendalam maka Tun kembali ke titik yang menyaksikan beliau disingkirkan daripada UMNO pada 12 Julai 1969?

Rasional penarikan diri Tun dari UMNO kali ini diketahui ramai, lantaran apa yang berlaku tidak berapa mengejutkan pihak akar umbi selain mereka yang masih hidup dalam penafian.

Datuk Syed Hamid Albar menganggap tindakan Tun itu sebagai sesuatu yang tidak kena pada masa dan boleh membinasakan UMNO.

Sementara itu Datuk Shahrir Samad pula menyuarakan kebimbangan tindakan Tun memungkin berlaku pilihanraya umum sekali lagi kerana ia boleh mencetuskan banyak lagi tindakan yanag serupa.

Tetapi, walau apa pun yang berlaku, biarlah hakikat insiden ini diterima dengan hati dan minda terbuka untuk kebaikan bersama kerana bukan semua penolakkan akan berakhir dengan keburukan. Hanya pespektif dan interpretasi yang menentukan ia baik atau buruk.

No comments: