Wednesday, May 28, 2008

Bilangan blogger UMNO paling besar kini, tetapi...


 

Menurut penulis blog Ahiruddin Atan yang lebih dikenali dengan nama Rocky, di antara nama-nama besar kalangan blogger di Malaysia adalah orang UMNO.

Blog Tun Mahathir (yang menarik diri dari parti tetapi hanya sehingga PM berundur) diramal akan mencecah 1 juta hits dalam masa 24 jam lagi. Sejuta pengugunjung dalam kurang daripada sebulan memang hebat, mungkin tak bernah berlaku di kalagan blog sosio-politik. Mungkin juga rekod dunia kerana kebanyakan blog mengambil masa bertahun untuk mencapai tahap itu.

Blog Khir Toyo juga besar. Sejak 28 Mac, lebih 600,000 orang telah mengunjunginya.

Kelab Maya UMNO, atau myKMU yang pro-UMNO di antara laman web terbesar. Agenda Daily juga pro-UMNO sementara blog Bigdogdotcom telah melebihi sejuta kujungan.

Bagaimana pun, yang anehnya bilangan blogger pro-kerajaan begitu kecil. Menurut satu bancian oleh sebuah university, hanya 20 daripada 190 blog sosio-politik sebelum 8 Mac berpendirian pro-kerajaan, tetapi jumlah kunjungan pula tidak hebat.

Oleh itu apakah masalahnya? Masalahnya kebanyakan daripada blog UMNO/pro-UMNO ini terlalu kritikal terhadap kepimpinan party. Banyak yang sebenarnya anti Pak Lah, dasar-dasarnya, janjinya dan amalannya.

Justeru itu, menurut Rocky, apa ceritanya dengan tindakan Kerajaan untuk menangani blogger? Katanya, jika boleh diyakini kumpulan blogger ini maka mudahlah untuk mempengaruhi yang lain.

No comments: