Terharu mendengar pengisytiharan Ketua Puteri UMNO Noraini Ahmad menyatakan pendiriannya yang menjurus kepada komitmen perjuangan demi perpaduan.
Belum pun lagi kita dapat menghadamkan pengertian penyataannya itu, kita mendengar pendirian yang senada dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hishammuddin Tun Hussein.
Kita telah lama mengetahui tentang niat Hishamuddin untuk melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan sikap mulia beliau dalam hal ini dilihat sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan.
Pendirian Noraini dan Hishamuddin ketara menghembuskan nafas segar ke dalam UMNO yang pada hakikatnya agak semput selepas tamparan hebat pada PRU 12 bulan lalu.
Pada saya sikap Noraini dan Hisham merintiskan teladan yang amat diperlukan oleh anggota dalam kedua-dua pergerakan yang dipimpin mereka.
Kedua-dua pemimpin jelas mencerminkan keperibadian untuk mengembalikan UMNO ke landasan yang selari dengan falsafah 'asal' parti itu..
No comments:
New comments are not allowed.