Bibit-bibit kemusnahan sudah lama ditanam. Dr Mahathirlah yang mewujudkan keadaan tersebut: kronisme, nepotisme, rasuah, kesombongan, mengganggu kehakiman, dan politik wang yang paling dasyat, antara lain. Dia telah mengenepikan DEB, dan menyentuh perkara ini (Tan Sri) Profesor Just Faaland, perunding yang terbabit dalam usaha menstrukturkan DEB berkata:
"Dr Mahathir tidak memberikan keutamaan kepada DEB. Selama 20 tahun dia menyalahkan perangai dan sifat orang Melayu. Dia merungkaikan segala yang telah dicapai sejak tahun-tahun awal DEB melalui pengswastaan dan pengambilan-alih pengurusan syarikat (MBO) selain memaksa agensi-agensi amanah yang ditubuh untuk membantu melaksanakan DEB supaya memberi keutamaan kepada soa-soal meraih keuntungan semata-mata. Segala idea dan tindakan tersebut telah mengganggu seluruh falsafah pemangkin dalam menjalankan peranan menjayakan DEB. Hasilnya orang Melayu tersungkur dengan mentaliti subsidi. Nilai-nilai sejagat digantikan dengan keperluan etnik standard. Inilah punca-punca kemusnahan UMNO. Ia menjadi begitu taksub dengan kedudukan; ia mengenepikan tugas utamanya; ia menjelma menjadi raksasa sinis yang tidak mempunyai hatibudi."
Disebabkan itu maka tidak menghairankan kenapa UMNO berkelakuan seperti sekarang... masih angkuh dan tidak sedarkan diri dan asyik menyalahkan orang lain. Dr Mahathir berkuasa selama 22 tahun dan sepanjang waktu itu menjadikan UMNO begitu buruk tetapi sekarang menyalahkan seorang Perdana Menteri yang hanya baru sempat berkuasa selama empat tahun sebagai punca segala amalan kotor dan budaya pincang dalam UMNO hari ini... Agaknya Dr Mahathir merasakan dirinya seperti malaikat yang tidak mungkin melakukan kesalahan.
No comments:
New comments are not allowed.