Thursday, December 27, 2007

Polis Johor tahan bekas peguam pecah amanah


Seorang bekas peguam ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor kerana dipercayai terlibat dalam tujuh kes pecah amanah berjumlah RM746,000 daripada 1999 sehingga 2001.

Ketua JSJK Johor Supt Nasbah Jusoh berkata bekas peguam berumur 41 tahun itu ditahan Ahad lepas di rumahnya di Parit Semerah, Pontian, setelah polis menjalankan siasatan membabitkan pinjaman perumahan pelanggan yang sepatutnya disalurkan kepada pemaju perumahan.

Menurut beliau, "bekas peguam itu menawarkan khidmat panel guaman kepada pemaju perumahan dan dia yang menerima wang daripada tujuh pembeli rumah telah menggelapkan wang tersebut."

Menurut Polis antara mereka yang menjadi mangsa penipuan peguam tersebut adalah kakitangan kerajaan, swasta, ahli perniagaan dan pesara polis. Bekas peguam itu kini direman dan boleh didakwa mengikut Seksyen 409 kerana pecah amanah.

No comments: