Thursday, December 27, 2007

Jangan cabar orang Umno!


SEPERTI yang dijangkakan, golongan ekstrimis kaum India akan tetap seperti anjing menyalak bukit selagi tuntutan mengarut dan gila mereka itu tidak dipenuhi. Selepas salakkan daripada pemimpin Hindraf yang rata-rata dari kalangan penyokong pembangkang dipertikaikan, kini sudah muncul pula golongan yang tidak tahu berterima kasih ini muncul di kalangan parti komponen Barisan Nasional pula.
 
Kata-kata mulut celupar dari Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy sesungguhnya menyakitkan hati ramai orang UMNO. Atas kapasiti ahli komponen BN beliau berkata antara sebab kaum India mundur dan terpinggir adalah disebabkan parti UMNO. Kenyataan "berlapik" itu adalah luahan perasaan golongan akar umbi masyarakat India yang kononnya disampaikan kepada beliau.
 
Di sini pula saya ingin menyatakan pula luahan perasaan golongan akar umbi orang Melayu terutamanya ahli UMNO. "Jangan paksa kami untuk bersikap kurang ajar hasil daripada terlalu berkompromi dengan masyarakat India selama ini. Kami sudah muak dan meluat dengan perkembangan terbaru daripada masyarakat India. Jangan paksa kami hilang sabar."
 
Saya sifatkan golongan kaum India yang mempertikaikan UMNO adalah golongan paling pengecut dan hipokrit. Mereka sebenarnya takut untuk mengungkapkan "Orang Melayu punca orang India rosak". Lalu ditukarkan kepada ayat yang lebih berlapik(kononnya) dengan menjadi "UMNO punca orang India rosak".
 
Golongan seperti ini sebenarnya tidak tahu berterima kasih kepada UMNO yang banyak berkorban atas prinsip perkongsian kuasa, muafakat komponen BN, kontrak sosial dan toleransi untuk memastikan kaum India dapat hidup di negara bertuah ini.
 
Saya mengibaratkan golongan yang tidak berpuas hati ini seperti kacang lupakan kulit, beri betis hendak peha dan sudah mahu menidakkan keistimewaan dan hak orang Melayu di Malaysia. Inilah akibat apabila orang Melayu atau UMNO terlalu berlebih kurang dengan golongan India.
 
Rasionalnya memang ada dan betul sejak zaman sebelum merdeka lagi perlunya ada toleransi sesama kaum demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat agar tidak berlaku perbalahan yang boleh menyemarakkan rusuhan kaum.
 
Namun setakat mana boleh di kawal api kebencian antara kaum Melayu dan India masa kini hasil daripada tindakan dan tuntutan melampau Hindraf? Orang Melayu kini melihat berkembangan terkini tuntutan mengarut dari kaum India dengan penuh khusyuk dan serius. Ini soal maruah dan martabat bangsa Melayu.
 
Meredakan sesuatu keadaan kritikal hubungan antara kaum beberapa minggu yang lalu sebenarnya diharapkan akan menamatkan adu domba antara orang Melayu dan India di negara ini. Namun sikap keperihatinan dan bertolak ansur oleh Perdana Menteri dan kerajaan rupa-rupanya masih tidak cukup lagi bagi golongan pelampau kaum India.
 
Malah mereka semakin berani melalui beberapa saluran politik dalam komponen BN sendiri untuk cuba memperlekeh dan memperbodohkan kepimpinan negara dan cuba bermain api dan mencabar parti UMNO.
 
Golongan ini sebenarnya cuba membawa diri mereka ke suatu permainan politik yang akan memakan dan memusnahkan seluruh kaum India sendiri. Cuba mereka bayangkan selepas pilihan raya umum yang akan datang tiada satu pun wakil kaum India sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang bergelar "YB" untuk menduduki kerusi di parlimen atau dewan undangan negeri?. Malah tiada lagi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di lantik dari golongan kaum India. Golongan radikal India perlu ingat dalam politik tiada perkara yang mustahil dan juga tiada perkara yang dirancang boleh menjadi "perfect".
 
Para pemimpin kaum India harus mengakui hakikat bahawa mereka gagal mengawal kaum India kerana wujudnya lambakan kumpulan samseng gangster dan gejala sosial dari kalangan kaum India. Apakah mereka sudah putus usaha membendung masalah sosial, maka dipersalahkan UMNO?. Apakah dipersalahkan orang UMNO kononnya kaum mereka dipinggirkan. Yang nyata di kalangan akar umbi orang Melayu mereka memberikan persoalan berikut, "kaum mereka dipinggirkan atau mereka meminggirkan kaum mereka sendiri"?.
 
Golongan yang masih tidak puas hati di kalangan kaum India ini perlu di berikan input dan anjakan minda mereka agar mengakui hakikat sejarah yang tidak pernah menipu. Hanya mereka yang mengaburi dan mentafsirkan sendiri fakta sejarah mengikut hawa nafsu dan gelodak perkauman. Ini yang menimbulkan masalah yang mereka sendiri reka dan wujudkan permasalahan kaum mereka sendiri dan menuding jari ke kaum lain terutamanya orang Melayu yang menjadi penyebab mereka miskin, tercicir dalam pendidikan, tiada peluang kerja dan keruntuhan akhlak yang begitu parah.
 
Apakah masalah-masalah tersebut perlu UMNO masuk "ke rumah" orang India untuk memberikan ceramah, motivasi, qiamullail, ataupun "brain storming" kaum yang bukan kaum ibunda mereka?. Jika UMNO melakukannya juga, dimana pula peranan MIC, PPP, IPF, Gerakan, NGO kaum India dan lain-lain pertubuhan?
 
Jika Paranjothy cepat menuding jari menyalahkan UMNO lah yang menyebabkan kaumnya terpinggir, tersisir, runtuh akhlak, perlu pembelaan dan banyak masalah, ini pula jawapan golongan akar umbi orang Melayu. "Hanya orang India sahaja yang boleh selesaikan masalah orang India sendiri".
 
Orang Melayu khususnya UMNO banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat. Mohon simpati dan publisiti murahan untuk mendapat perhatian dari kerajaan untuk menyelesaikan isu kaum mereka agar menjadi isu nasional telah menyebabkan orang Melayu mula muak dan loya.
 
Orang Melayu sudah lama mengkaji dan mengetahui sifat dan muslihat kaum India kerana orang Melayu memang gemar hiburan. Maka tidak hairan mereka menganggap fenomena masa kini hasil cetusan golongan pelampau India seperti tontonan mereka terhadap filem Tamil dan Hindustan boleh ditonton di tv saluran percuma ataupun berbayar.
 
Malah orang Melayu sendiri sudah mengetahui di awal "filem atau drama" tersebut apa kesudahan cerita yang mereka tonton itu. Malah mereka juga sudah mengetahui siapa di belakang tabir pembikinan "filem atau drama" tersebut walaupun rancangan "the making of....." belum disiarkan di tv sebagai promosi filem atau drama sebelum ditayang kepada umum.
 
Orang Melayu terutamanya UMNO sebenarnya sudah meluat dengan golongan seperti ini dan mereka cuma mengingatkan golongan pelampau kaum India ini agar jangan lupa bahawa orang Melayu masih hidup bernyawa dan wujud di bumi bertuah ini. Jangan lupa pula bahawa teraju utama dalam segala segi bidang baik ekonomi, sosial, budaya, politik dan pentadbiran masih diterajui oleh orang Melayu.
 
Apakah golongan pelampau kaum India inginkan kaum mereka betul-betul dipinggirkan dan diabaikan? Jika mahu, mohonlah segera agar orang Melayu segera melaksanakannya.
 
Oleh SHAIFUL BAHRI SAIDIN
SEKINCHAN, SELANGOR
 

No comments: