Wednesday, August 27, 2008

Takfir si Raja Petra


Raja Petra sudah banyak kali melampaui batas dalam tulisannya, namu penyokong-penyokong liberalisme melampau yang disanjungnya tetap menerima tulisannya sebagai kebenaran Mutlak, atau "gospel truth".

Baru-baru ini Raja Petra menulis dalam 'news blognya,' "Malaysia Today" yang terang-terang mengkafirkan saudara seIslam:

"Sure, I whack and insult those Malays who claim to be Muslims. But they are not of my religion. I am not of their religion."

http://us3.malaysia-today.net/2008/content/view/10564/84/


Kita tak boleh mentakfir orang Islam, walaupun dia melakukan dosa besar. Dia masih seorang Muslim, walaupun fasik. Berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam kitabnya Fiqh al-Akbar (ms. 102):

"Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir."

DAN BAGAIMANAKAH PULA DENGAN PIHAK PENGKAFIR? BUKANKAH JIKA SESEORANG MENGKAFIRKAN SESEORANG MUSLIM, MAKATUDUHAN KAFIR ITU KEMBALI KEPADANYA?

Seperti ternyata dalam hadis-hadis tersebut:

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

"Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata." (Muslim)

Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Siapa saja yang mengatakan kepada saudaranya 'Wahai kafir!' maka (panggilan itu) kembali kepada salah satu dari keduanya." (Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Dzar radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang menuduh seorang lain dengan kefasikan dan tidaklah ia menuduhnya dengan kekafiran kecuali akan kembali kepadanya jika (ternyata) temannya (yang dituduh) tidak seperti itu." (Bukhari dan Muslim)

Dari Tsabit bin Adh-Dhahhak radhiyallahu anhu dari Nabi SAW beliau bersabda: "Barangsiapa menuduh seorang mukmin dengan kekafiran maka dia seperti membunuhnya." (Bukhari)

Jadi bagaimanakah pula dengan si Raja Petra ini?

Bolehkah kita percaya kepada si Raja Petra ni? Tidakkah si "Raja" ini takut akan "kafir" itu kembali kepada dirinya?

Sudah terang lagi bersuluh siapa Raja Petra ini sebenarnya.

Sedarlah Melayu Islam!

Tuesday, August 26, 2008

Majlis Fatwa Kebangsaan: Lafaz sumpah hanya selepas proses perundangan


Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan. Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama. 

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.

BERNAMA

Perang Georgia-Rusia didalangi Amerika/Israel


Apa yang sebenarnya berlaku di Ossetia Selatan?

Seperti biasa kebanyakan agensi berita antarabangsa termasuk Al-Jazeera gagal menyediakan analisis yang adil dan tidak berat sebelah – mereka hanya sekadar meraba-raba dalam gelap dan membiarkan 'pakar-pakar' politik di bilik berita masing-masing mengupas keadaan tersebut seolah-olah pandai sangat.

Ini sebenarnya realiti yang membayangi krisis berkenaan...dan ia sebenarnya angkara Amerika dan Israel.

Media Amerika yang kebanyakan menyalurkan berita-berita terkini untuk santapan dunia telah memutar-belitkan fakta dengan propaganda menyalahkan Rusia sebagai pihak yang melampau sementara Georgia dilukiskan sebagai mangsa yang sengaja memprovokasi dan mencabar Rusia.

Para pendalang di White House dan Jabatan Negara Amerika yang dikuasai Zionis dengan begitu mudah sekata mengecam tindakan Rusia sebagai terlampau dan berbahaya. Apa sebenar maksud mereka? Apakah mereka tidak sedar segala kemusnahan yang mereka telah lakukan di Iraq dan Afghanistan?

Bagi konflik terkini itu, ia dilabelkan "Awas: Amerika-Israel merancang menyerang Ossetia melalui Georgia sebagai proksi bagi mencabar Rusia membalas dengan peperangan." Anda akan mendapat gambarannya jika anda gantikan Ossetia dengan Syria dan Iran dengan Rusia.

Perang di antara Georgia dan Rusia tidak lebih daripada peperangan proksi bagi pihak Amerika dan Israel (dirancang oleh agensi perisikan Israel, Mossad) yang sejak awal lagi telah melatih dan melengkapkan tentera Georgia degan senjata.

Siapa yang mendapat keuntungan dalam hal ini? Mungkin ia berhubung-kait dengan perebutan bekalan gas dan minyak bertopengkan pergelutan geopolitik bagi menarik perhataian Rusia daripada mengawasi krisis Iran dan Barat berhubung program nuklearnya.

Ada kemungkinan Israel sebenarnya memerlukan saluran paip minyak dilencongkan ke sana melalui tanah Iraq yang sengaja dikucar-kacirkan (Syria menjadi penghalang bagi Amerika dan Israel menrealisasikan rancangan itu dan untuk mengatasinya, Syria perlu ditakluki.)

Untuk menerangkan dengan jelas: Tujuan sebenar perang Georgia dan Rusia tercetus menuding kepada kerakusan Georgia untuk mendapatkan hasil minyak seperti mana Afghanistan dimusnahkan setelah Amerika gagal menangani rancangan bekalan minyak daripada kerajaan Taliban selepas insiden 9-11.

Ya, sebenarnya peperangan tersebut ialah kerana minyak – dan minyak itu ialah untuk habuan Israel. Rata-rata dunia mengetahui Amerika mempunyai perjanjian menjamin bekalan minyak kepada Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Dan untuk melaksanakan tanggung-jawab ini apa yang diperlukan hanyalah untuk mencetuskan api krisis dan seterusnya mula menjajah negara-negara lain.

Strategi membahagi dan menakluki adalah strategi lama dan berkesan. Apa pun boleh berlaku demi keuntugan Zionis kecuali jika persekongkolan di antara Tel Aviv, London dan Washington/New York digagalkan.

Rusia sebenarnya menyedari apa yang berlaku, lantaran terpaksa bertindak apabila tentera Georgia menceroboh Ossetia dan seterusnya melakukan keganasan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk tempatan selain puluhan tentera pengaman Rusia. Dan dengan itu tindakan Rusia perlulah juga setimpal.

Presiden Georgia Mikheil Saakashvili yang terbukti boneka Zionis mengharapkan kegagahan tentera Amerika untuk turut membabitkan diri.

Bagaimanapun, rancangan negara kerdil Georgia itu dianggap sesuatu yang bodoh kerana ia jelas akan menyebabkan Rusia membelasah mereka habis-habisan.


 





 

Esok penentu bagi Permatang Pauh


Esok hari kemuncak kepada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang akan berlangsung bagi menentukan calon yang bakal menggantikan tampuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Samada PKR masih lagi memerintah atau tidak, semuanya bakal terjawab esok.

Tiga orang calon mewakili parti masing-masing iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah mewakili parti Barisan Nasional, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR manakala Hanafi Mamat mewakili Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bakal bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sunday, August 24, 2008

TAHUKAH ANDA ANWAR SOKONG USAHA AMERIKA MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN RAKYAT PALESTINE TERHADAP KEWUJUDAN ISRAEL?


 

The Washington Note melaporkan Anwar Ibrahim turut sama menandatangani deklarasi sokongan kepad Presiden Bush untuk membentuk kerajaan boneka Islam di Palestin.

Tandatangan Anwar itu dihantar kepad Presiden Bush pada 10 Oktober 2007 sebagai tanda persetujuan langkah Amerika mengadakan "Deklarasi Annapolis Summit" antara Palestin & Israel.

Deklarasi yang diusahakan Presiden Bush itu bersetuju untuk melantik Mahmod Abbas sebagai Presiden Palestin yang sah dan diiktiraf oleh Israel. Tapi siapa Amerika untuk melantik seorang Presiden bagi Paletine?

Muslihat Amerika mengadakan deklarasi itu untuk mendapat pengesahan dari Palestin bagi menubuhkan negara Israel secara sah dengan perlantikan presiden boneka itu.

Usaha licik Amerika & Israel itu ditentang majoriti rakyat Palestin, Syria dan Iran,tetapi disokong oleh Anwar Ibrahim bersama tokoh-tokoh Amerika Syarikat.


 

Benarkah selepas Mahmud Abas mengiktiraf Israel, maka rakyat Yahudi Israel akan tidak lagi membuat pencerobohan baru bagi merampas tanah rakyat Palestine? Dan jika ianya terus berlaku adakah Amerika akan menyekat atau memajam Israel?

Kenapa Anwar lekas sangat setuju? Lagipun, dia siapa? Oh ya, kita terlupa, dia pemimpin hebat sebahagian besar masyarakat Islam sedunia. Maka walaupun dia tiada jawatan ketika itu (2007), dia berhak memberi pendapat dan persetujuan bagi pihak rakyat Palestine, Syria, Iran dan lain2 umat Islam.

Jangan2 Anwar terfikir dia Kalifah, tak?

Wednesday, August 20, 2008

Anwar pula janjikan 20% untuk masuk UiTM


Bahang kemarahan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum reda. Kalau Khalid hanya menawarkan 10% kemasukan bukan Melayu ke UiTM, Anwar pula menjanjikan 20%.

Malam tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya di pasar malam Seberang Jaya 2 membuka mulut pula menjanjikan kuota kemasukan 20% untuk bukan Bumiputera UiTM.

Kenyataan Ahli Parlimen Bebas dan bekas ketua kesatuan pelajar ITM pada tahun-tahun 70an, Dato Ibrahim Ali yang bersemangat mempertahankan status Bumiputera untuk UiTM dalam wawancara di Bernama TV semalam dicemik-cemikkan oleh Anwar.

Anwar tidak langsung sensitif dengan suara hati anak-anak Melayu di cawangan-cawangan UiTM seluruh negara yang menujuk perasaan membantah cadangan Khalid Ibrahim. Dia ketepikan perasaan kecewa puluhanhan ribu anak bangsanya dengan menuduh ia hanya caturan Naib Cansellor UiTM, Prof Dato Ibrahim Shah untuk mendapat lanjutan kontrak yang akan tamat.

Selain itu, Anwar juga mengulangi janji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum Cina dan India, disamping jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Melayu yang sedia ada, jika dia menjadi Perdana Menteri.

Begitu sekali pemikiran Anwar kini. Seolah-olah dia bukan lagi orang Melayu hinggakan naluri semulajadinya berubah menjadi orang Malaysia tanpa mempunyai bangsa.

Atau mungkinkah Anwar mula terdesak kerana kesepian yang ditunjukkan oleh PAS hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan undi dari bukan Melayu?

Keengganan Anwar melakukan mubahalah dalam isu liwat mungkin telah mengubah perasaan simpati orang ramai hingga menjadi curiga terhadap sandiwara dan dolak dalihnya.

Dengan sokongan para pekerja PKR yang begitu bersungguh dan bersemangat, Anwar mungkin tidak menyedari rintihan dan kesusahan kaumnya di Pulau Pinang, termasuk di Permatang Pauh di bawah pemerintahan DAP. Pelbagai kemudahan dan bantuan untuk orang Melayu telah dihentikan demi 'polisi sama rata.'

Kalau di bawah Gerakan ada empat orang ahli Exco Melayu, kini hanya tinggal dua orang Melayu-Islam. Bagaimana dua orang dari parti yang begitu liberal dan mentah dalam pentadbiran boleh membela kaum Melayu yang rata-rata serba kekurangan di Pulau Pinang?

Bagi orang Melayu, baik UMNO atau PAS, UiTM adalah sebahagian daripada ikhtiar dan perjuangan untuk meberi peluang kepada kaum Bumiputera.

Jika sekadar berdasarkan pasaran bebas, meritokrasi dan persaingan, berapa kerat orang Melayu yang boleh mendapat pelajaran pengajian tinggi? Begitu juga dalam hal-hal professionalisme dan ekonomi.

Minda korporat Khalid Ibrahim yang begitu terpukau dengan kualiti, efisiensi komersial dan keupayaan bersaing hanya mampu sekadar mendedahkan kekecamukan pemikirannya. Dia tidak dapat membezakan di antara polisi dunia perniagaan dan polisi awam yang melibatkan bidang pendidikan dan sosial.

Apakah persaingan telah meletakkan dirinya di mana dia berada sekarang? Tentu tidak.

Tanpa dasar yang mempunyai toleransi kepada kegagalan apakah Khalid berupaya memiliki rumah RM16 juta di Damansara Heights atau rumah bungalow di Seksyen 16, Petaling Jaya yang dijadikan pejabat PKR?

Pemikiran komersial hanya mendahulukan keuntungan. Tidak terlintas dalam minda orang perniagaan untuk berbakti secara sosial dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib-baik atau membangunkan masyarakat. Dunia komersial hanya melihat manusia itu sebagai sumber dan bukan sebagai insan yang mempunyai pelbagai keperluan, keinginnan dan harapan.

Jelas sekali Anwar, Khalid dan PKR berada di alam impian yang jauh terpisah daripada realiti untuk mengharap agar jurang perbezaan di antara kaum boleh berlaku berdasarkan ekonomi bebas dan pendekatan "survival of the fittest" semata-mata.

Kaum yang lebih 30 tahun dulu hanya mempunyai kurang daripada 5% kekayaan dan pegangan ekuiti tanahair dan kini masih dalam keadaan bertatih tidak boleh diharapkan berlari untuk bersaing di sukan Olimpik.

Baik budak-budak Tingkat 4 atau pun "Parti Keldaikan Rakyat", masing-masing terlalu sempit pandangan kerana melihat polisi awam dari perspektif komersial dan pasaran bebas.

Untuk Melayu mendapatkan sesuatu keistimewaan seperti UiTM bukan proses yang mudah. Disebalik sesuatu kemudahan dan kelonggaran yang diperolehi oleh orang Melayu, ia adalah hasil penat lelah pengorbanan, perjuangan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang dan rakyat sebelum ini.

Banyak perundingan, tolak ansur dan pengorbanan perlu dibuat dengan kaum-kaum pendatang dan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.

Kemerdekaan tidak menjanjikan penduduk asal negara ini kemakmuran dan kesejahteraan. Orang Melayu dan bumiputera rata-rata masih dalam keadaan miskin, daif, dan serba ketinggalan. Kesusahan ini masih berterusan hingga terjadi satu rusuhan kaum yang membuka peluang untuk kita berunding bagi mendapatkan keistimewaan ini.

Kalau masih menggunakan pelampung untuk berenang di pinggiran pantai, jangan pula mahu ditarik pelampung untuk berenang ketengah. Kalau sudah tahu berjalan pun, jangan cepat mahu dibuang tongkat itu. Satu hari masih diperlukan. Kalau tidak pun, masih ramai yang memerlukan.

Inilah PKR.

Begitu rakusnya PKR gilakan kuasa hingga tidak menyedari 5 bulan sebelum ini mereka hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.

Kini mereka mahu menguasai kerajaan dengan apa saja cara hinggakan bangsa sendiri pun sanggup dijual walhal pemimpin-pemimpin utama PKR adalah pemimpin-pemimpin Melayu yang juga meraih kekayaan daripada dasar-dasar DEB dan hasil amalan kronisme Anwar.

Inikah yang mereka fahamkan dengan peribahasa "Membujur lalu melintang patah" yang mereka nyanyi-nyanyikan?

Tuesday, August 19, 2008

PAS menyepi di Permatang Pauh


Semasa penamaan calon Pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos di Maktab Tuanku Bainun, hanya Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan ayahnya, Kit Siang kelihatan ke hulu hilir mengiringi Anwar Ibrahim.

Ia seolah-olah membuktikan kemenangan Anwar begitu penting hanya kepada DAP selain Anwar sendiri. Berdasarkan ini maka DAP kelihatan seharusnya habis-habisan membantu Anwar menang di parlimen P44.

Malah di atas pentas utama, dua watak ini juga mengepung Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah. Tiada watak utama dari PAS yang hadir kecuali Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang merupakan anak didik Anwar. Di Permatang Pauh sendiri, belum ada satu pun Bilik Gerakan PAS dibina untuk menolong Anwar di Permatang Pauh. Apakah ini bunga tanda-tanda awal menunjukan PAS akan memboikot Anwar di Permatang Pauh?

Disusun dari blog Angin Perubahan