Wednesday, November 18, 2009

Mahathir sbg Menteri Kanan?

Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma RISDA, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara dunia ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/, yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular. BERNAMA

Blogged with the Flock Browser

No comments:

Post a Comment