Sunday, January 18, 2009

Pemimpin-pemimpin hipokrit Pakatan Rakyat...


Munafik. Munafik belaka!

Sepertimana kita tidak boleh menerima sebarang perlakuan mungkar di kalangan mereka dalam BN dan UMNO, seperti itu jugalah kita tidak dapat menerima pendirian munafik pemimpin-pemimpin dalam PAS, DAP atau PKR. Lebih-lebih lagi apabila mereka melaung-laungkan kebersihan moral, integriti dan sebagainya kepada pengikut-pengikut yang begitu taksub dan termakan dengan segala racun yang disuntik ke dalam pemikiran mereka hinggakan segala yang dilakukan kerajaan dan BN buruk belaka.

Kita perhatikan saja kehidupan pemimpin dan para aktivis PR yang bukan sekadar terus hidup dalam kemungkaran, malahan cuba mempertahankan kehidupan pincang tanpa moral di atas landasan kebebasan sejagat dan ketamadunan. Bukan sekadar itu saja, mereka yang Islam (atau mengaku Islam bagi tujuan-tujuan tertentu) sanggup memperlekehkan bangsa dan agama secara bersekongkol dengan musuh.

Sejak bila pulak Islam boleh ditukar-tukar sana-sini untuk disesuaikan dengan zaman? Tak pernah dengar pun.

Setahu kita Islam sentiasa berdiri di atas konsep yang tidak boleh dimakan zaman. Yang perlu berubah menyesuaikan diri ialah kita sendiri kerana kita tidak dapat menafikan bahawa semakin lama kita menghakis keagungan agama, semakin merudum kehidupan...

Lihat saja di sekeliling sekarang ini. Jenayah meruncing, moral hanya tinggal nama dan agama dibikin supaya sesuai dengaan segala bentuk kehidupan pincang manusia di atas nama LIBERALISME!

No comments: