Wednesday, November 18, 2009

Mahathir sbg Menteri Kanan?

Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma RISDA, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara dunia ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/, yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular. BERNAMA

Blogged with the Flock Browser

Saturday, September 26, 2009

Org Penang, chek oi...sedaqla diri sikit...

Orang Melayu PP sendiri secara tak sedar yang menyokong penuh PR ketika GE12 untuk kaleh kerajaan pimpinan BN dahulu..memang diakui ada salah dan silap pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, tetapi masih lagi bernyawa orang melayu khusus di bahagian pulau, dulu wlaupun orang depa pegang ketua menteri tapi majority terletak pada UMNO atau lebih tepat Melayu nak lagi2 tepat orang Islam, masih lagi ada ruang dan peluang untuk orang melayu bersuara pendapat, bekeras tentang hak dan menjawat beberapa jawatan penting dalam perbadanan/majlis negeri.

Tetapi lihatlah sekarang KESAMARATAAN yang dilaungkan oleh pemimpin PR yang tak serupa bikin, sendiri boleh tengok sapa yang pegang tampuk kuasa ekekutif sebagai decision maker dalam badan2 yang penting dalam negeri?? Melayu ke yang majoritinya?MeLAYU, Cina, India semua sama dulu tu la yang diriuh oleh depa, si melayu telan percaya bulat2..kahkahkah..kalu sama tinggi sama rendah saksamanya kenapalah ada jurang jawatan yang cukup ketara dalam perbadanan seperti contoh dalam PDC, p usha tengok sapa duk kat kerusi empuk tu sekarang, orang depa jugak, sapa duk bekerja bawah dia, melayu la pekerja melaksanakan arahannya…alahai melayu..Mana dia wakil melayu PKR atau PAS untuk menyoal semua perkara ni, hm.. diam seribu bahasa la..

Aku dah teramat meluat dengan sikap yoyo melayu PP,tapi bukanlah semua mcm ni..depa ni tak pernah nak bersatu hati untuk menjadi kuat seia sekata senada sesuara, tak sedar diri tu minority aja kat penang ni.. Cubalah jangan berpecah dan bersatu dalam satu bumbung walaupun suka atau tidak akan parti tertentu namun suara anda dengar juga, ni di satu pihak PAS, ada PKR, ada UMNO, yang atas pagar lagi la ramai..mcm ne tak kena kencing ngan depa….. Negeri ini hanya memerlukan naungan sebuah parti untuk melayu, barulah melayu sendiri akan diangkat. Tak payahla duk hehmoi ketidakpuasan hangpa tu dengan PR buat rugi diri aja.

Depa mcm ne lain2 parti dan ideology pun bila kena orang depa, depa bersatu pakat ramai2 berjuang nasib pembelaan orang depa.Kita? tepuk dada Tanya selera..
Berubahlah melayu PP, bersatu kita teguh…Masih belum terlambat untuk bangkit..
Blogged with the Flock Browser

Thursday, September 10, 2009

Anwar dgn Indonesia, CIA dan agenda British

Masalah besar dgn Anwar dia terlalu ketagihkan perhatian umum. Sebab sebenar dia begitu marah dan ingin membalas dendam terhadap UMNO kerana Tun Mahathir menyumbatnya ke penjara...

Dia begitu seronok setiap minit agenda reformasi dihembuskan kerana dia mendapat fokas ekslusif walaupun merengkuk di penjara. Melalui gerakan reformasi, dia yang ketandusan publisiti dapat menghidupkan imejnya.Kurungan dipenjara menaikkan kemarahannya kerana talian publisitinya terputus.

Perangainya juga disenangi dalang CIAnya yang mendapati keadaan dirinya itu amat menyulitkan. Ini kerana bukan hanya dia yang mengharap untuk menyerlah sebagai pemimpin unggul di Malaysia, ada juga pihak British yang dikatakan berusaha ke arah merealisasikan agenda yang sama, untuk menggugat kestabilan negara Islam paling berdaya maju di dunia,iaitu malaysia.

Apa yang nyata 16 September sengaja disabotajkan oleh Anwar kerana dia sedar tidak akan dapat menguasai sepenuhnya keadaan berikutan tentangan kuat dari dalam Pakatan sendiri...masih kita ingat pakar karate yang ditangkap di Msia kerana cuba mendapatkan pelacur dulu?

Kawannya menajakan rusuhan di Indonesia, pakar karate tu ditangkap di sini dan jawapan rasmi mengatakan dia sedang mendapatkan pelacur wanita, walhal sebenarnya di cuba mendapatkan anak muda lelaki. Anwar mungkin cuba menafikan kaitan ini tetapi dua 'jambu' tersebut mau tak mau ada kaitan dgn apa yang tertulis, iaitu nafsu serakah untuk kaum lelaki.

Anwar menggunakan rangkaian Indonesianya menjana kemarahan terhadap Malaysia sebagai sebahagian daripada tugasan globalnya. Pertalian Anwar di Indonesia dapat dijejaki kpd operatif yang sama di Indonesia di mana CIA juga secara umum diketahui begitu aktif. Anwar sebahagian daripada jentera yang mengapikan-api kebencian kpd media Indonesia seiring setiap kes brutal ke atas pembantu rumah.

Jika ketandusan berita baik, berita tak baik pun jadi...inilah taktik operasi Anwar di Malaysia. Pendekatan yang sama digunakan oleh CIA di Indonesia bagi mencalarkan reputasi dan imej Malaysia dan menggugat perhubungan di antar dua negara islam yang kuat ini.

Strategi jangka panjang ialah untuk memalukan Islam dan menggantikannya dgn satu daripada dua versi Islam Amerika di semua negara Islam, iaitu bentuk Islam yang dinaungi pengganasan tajaan Osama ben Laden, pergerakan wahabbi dan islam orientalis yang sebenarnya sama dgn pergerakan agnostik dalam agama Kristian di mana Tuhan hanya sekadar satu bahan perbincangan - satu titik tumpuan bagi kegunaan kompas moral berdasar logik manusia semata-mata...



Blogged with the Flock Browser

Monday, August 3, 2009

Tongkat lokal, tongkat global

PM Dato' Seri Najib telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi meliberalisasikan ekonomi negara dan sekali gus memperkasakan posisi usahawan Malaysia, termasuk orang Melayu di arena perniagaan peringkat global.

Caranya mungkin agak payah dietrima oleh segelintir orang Melayu di peringkat awal, tetapi ia amat perlu. Ia antara lain membuang tongkat yang digunakan selama ini.

Apa yang nyata, tongkat bukan saja perlu dibuang di peringkat tempatan, ia juga perlu dibuang diperingkat global. Ini bermakna sebahagian besar dasar melindungi perniagaan tempatan juga tidak lagi perlu lagi bagi menyamakan dataran di antara pemain global dan pemain tempatan...inilah realiti yang kita perlu terima.

Blogged with the Flock Browser

Monday, July 27, 2009

Patuhilah undang-undang negara

Dipetik dari A Voice :


Berikut ialah terjemahan penuh kenyataan media Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkenaan inkuiri berhubung kematian Teoh Beng Hock mengikut Kanun Acara Jenayah (CPC) bertajuk "Inkuiri Kematian Mengikut CPC berhubung kematian Teoh Beng Hock":

Tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayah ialah untuk menyiasat bila, di mana, dan cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Ini telah dijelaskan dalam keputusan kes Re Loh Kah Kheng (1990) 2 MLJ 126 Dzaiddin J (bekas Ketua Hakim Negara pada ketika itu),

"Adalah mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu inkuiri mengikut Bab XXXII CPC ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terlibat dalam menyebabkan kematian itu (s 337).

Definisi "Punca kematian" di bawah s 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan sahaja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh di mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.

Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan inkuiri dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutamanya keterangan dengar cakap. Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa."

Di bawah Seksyen 333 Kanun Acara Jenayah, seorang Majistret boleh mengenepikan inkuiri jika beliau berpuas hati dengan punca kematian tetapi dalam semua kes lain adalah mandatori bagi Majistret untuk mengadakan inkuiri; lebih-lebih lagi dalam kes-kes sebegini yang melibatkan kematian mengejut. Mengadakan inkuiri serupa oleh Suruhanjaya Diraja akan mewujudkan pertindihan.

Dalam kes Teoh Beng Hock, saya telah mengambil tindakan di bawah seksyen 339 (1) Kanun Acara Jenayah untuk mengarahkan Majistret mengadakan inkuiri bagi mengetahui punca dan keadaan yang ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock dan Majistret wajib mengadakan inkuiri itu. Oleh itu, adalah jelas bahawa ia cara yang memadai dan venue yang sesuai yang disediakan oleh undang-undang bagi kes-kes sebegini.

Selain itu, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Fungsi Suruhanjaya Diraja ini tidak harus dikelirukan dengan inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah. Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, jelas merujuk kepada siasatan terhadap tatalaku dan pengurusan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan atau bagi kebajikan awam.

Definisi kebajikan dalam The New Shorter Oxford English Dictionary ialah "kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan baik atau kekayaan seseorang, masyarakat dll; kejayaan kemajuan, kemakmuran.". Oleh itu, ia tidak boleh diperluaskan untuk meliputi inkuiri bagi kematian sebegini, di mana inkuiri oleh Majistret di bawah Kanun Acara Jenayah adalah lebih sesuai dan disokong oleh undang-undang.

Setakat ini, misalnya Suruhanjaya Siasatan Diraja telah ditubuhkan, antara lain, berhubung tragedi-tragedi di Terminal Feri Pulau Pinang dan Bright Sparklers Fireworks. Rekod menunjukkan terma rujukan bagi kedua-dua tragedi meliputi perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan pematuhan terhadap prosedur dan standard keselamatan. Tragedi dan bencana itu telah menyebabkan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian dan tidak mematuhi prosedur operasi oleh pihak berkuasa relevan. Tiada yang menyentuh mengenai punca kematian bagi satu orang.

Oleh yang demikian, dengan Kanun Acara Jenayah sebagai undang-undang yang spesifik yang mempunyai peruntukan bagi diadakan inkuiri kematian, dengan itu adalah sewajarnya bagi Mahkamah menentukan punca kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah cara yang betul dan mengikut undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan penyiasatan.

Apa yang penting ialah kita mesti mematuhi Undang-undang negara. Demi keadilan, perlu diselesaikan bagi kepentingan bersama di pihak kerajaan dan awam. Inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah dibenarkan oleh undang-undang dan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah mekanisme untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama. Ia juga akan menyelesaikan sepenuhnya semua kebimbangan di pihak kerajaan dan orang ramai.

Friday, July 17, 2009

Apakah ini yang mereka pelajari dalam perundangan?

Tanpa usul periksa atau mempertimbangkan keadaan, Pakatan, (terutama DAP) tidak berlengah mengecam kerajaan berhubung kematian misteri Teoh Beng Hock di Shah Alam.

Orang macam ini ke kita nak bagi mandat memerintah negara?

Mereka sepatutnya  sedar siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui apa sebenarnya punca  kematian bekas Setiausaha Politik itu?

Lagi menyedihkan apabila kita mendapati 17 buah NGO turut, tanpa usul periksa, mengemukakan petisyen yang disiarkan oleh Sin Chew Online - antaranya, termasuk Bar Council.

Kebanyakan mereka peguam...apakah ini yang mereka pelajari dalam perundangan?...terus tuduh dan hukum tanpa menyiasat terlebih dahulu?

Blogged with the Flock Browser

Saturday, July 11, 2009

RM10 juta untuk sekolah Tamil dan Cina : Sikap autoritarian Khalid Ibrahim sbg MB

Demokrasi kau kata?

Dengan cara menggunakan platfom demokrasi dan ketelusan, MB Selangor Khalid Ibrahim dipacu oleh elemen-elemen anti Melayu yang sekali gus ,mengaburkan mata penyokong Melayu dalam persekongkolan mereka menjelang pilihanraya umum pada Mac 2008.

Kini semua itu hanya tinggal sebagai kenangan sejarah gelap kepada orang Melayu negeri Selangor yang kini terpaksa hidup di bawah ketentuan seorang diktator.

Jika tidak cukup dengan kerakusan untuk mengenepikan hak Sultan dalam hal agama, Khalid mempamerkan ketidakadilannya (walaupun dia berdiri dan menang di atas platfom KEADILAN!) apabila dengan sewenangnya meluluskan peruntukan RM10 juta untuk sekolah Tamil dan Cina di Selangor...

Terkilan dan terkejut besar orang Selangor. Apa jadahnya? Selama ini sekolah Tamil dan Cina diberi bantuan oleh kerajaan persekutuan...

Kenapa sekolah Tamil dan Cina saja? Apa pulak dengan sekolah agama?

Jika disorot hala tuju tindakan Khalid Ibrahim ini dengan dibaca senada bersama tindakan mengenpikan hak Sultan dalam soal perlantikan pegawai MAIS, kita terhidu sesuatu yang busuk...

Thursday, July 9, 2009

Kerajaan Pakatan Selangor semakin teruk...

Azmin Ali hari ini bertindak di luar protokol parti apabila mengecam dasar-dasar pentadbiran negeri yanag diterajui partinya sendiri, Pakatan Rakyat. Sehubungan itu dia menggesa supaya disusun semula Majlis Eksekutif pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu berkata para Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan kini terlalu besar kepala dan enggan mendengar pandangan orang lain.

Azmin berkata dia menerima banyak aduan daripada kalangan komuniti perniagaan berhubung kelewatan melampau dalam proses kelulusan. Ini, menurutnya, menyekat pertumbuhan ekonomi di Selangor.

Katanya, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri yang sepatutnya membantu dalam proses meluluskan lesen kini bertukar menjadi sebuah mahkamah yang juga menjalankan penyiasatan dan pendakwaan.

Dia turut mengecam dasar perlombongan pasir yang didakwanya hanya mampu meraih keuntungan RM4 juta walaupun Menteri Besar meramalkan perolehan sejumlah RM150 juta tahun lalu.

Azmin juga mengkritik perlantikan ahli majlis perbandaran (PBT). Menurutnya proses tersebut dilakukan secara tangkap muat tanpa penelitian terlebih dahulu. Ada di antara ahli yang dilantik kerana mereka rapat dengan ahli Exco, sementara yang lainnya tidak berkelayakan.

Wednesday, July 8, 2009

Hartal call by Pakatan in Perak? Hmm, just like the old commie days in S'pore


Riots in Singapore...hartal?

This was just what the communist controlled trade unions in Singapore did to stabilise the island state before it attained independence.

Calling for hartal (stop  work, protests, demo and even riots) had always been the trademark of communist agitation...and today this threat rears its ugly head, courtesy of Pakatan in Perak.



Read on:


"As Pakatan Rakyat gears up for its final battle for Perak in court tomorrow, calls from the public for the dissolution of the state assembly have resurfaced once again.

The Perak People's Action Committee, an NGO clearly aligned to Pakatan today handed over a memorandum to the Perak BN government urging for a return to 'democracy' to the people through state elections or face negative repercussions.

They gave BN until Aug 8 to seek dissolution of the assembly or a statewide hartal would be held.

"During this day, the people of Perak will not engage in any outside activity. We will not go to work, our children would not go to school and we will show BN that the majority of Perak folk want justice returned to them," said committee coordinator R. Mohanarani."

Blogged with the Flock Browser

Tuesday, July 7, 2009

Munafik semua penyokong Anwar!

Anwar masih merujuk kepada mahkamah dalam menentukan prosedur perbicaraan. 

Ini menunjukkan sedikit sebanyak rasa hormat kepada institusi kehakiman...mungkin juga ia sesuatu yang terpaksa dilakukaan memandangkan dia seorang Ahli Parlimen Malaysia. Jika tidak menunjuk sedikit sebanyak sifat 'patriotik' kepada institusi negara, apa pula jadahnya?

Tetapi, dalam pada itu usaha balaci PKR seperti Ketua Pemuda Keadilan, Shamsul Iskandar untuk mengumpulkan lebih 5,000 orang untuk berarak ke kompleks mahkamah dengan berpakaian serba hitam jelas memnunjukkan satu lagi dimensi hipokrit Anwar dan orangnya. Jika dia sendiri tidak dapat melakukannya, digunakan pula kumpulan 'gurkhanya' untuk membuat kerja-kerja kotor... segala ini mengingatkan kita kepada strategi anarkis parti komunis Malaya untuk menggugat kestabilan negara samada di Singapura ataupun di Malaya sendiri.
Blogged with the Flock Browser

Sunday, June 28, 2009

Menghormati Negaraku - hanya si bahlul membantah arahan supaya jurugambar tidak mengambil foto...


Arahan Datuk Rais tidak membenarkan jurugambar mengambil foto/video semasa Negaraku dimainkan memang sesuatu yang tepat sekali.

Msia Today dan beberapa blog anarkis tidak berlengah menyiarkan puluhan komen mengecam tindakan tersebut. Hampir kesemua memperlekeh arahan itu dengan memberikan pelbagai alasan cetek.

Telah begitu lama jurugambar tidak mengindahkan keperluan ini hinggakan ia diterima tanpa soal oleh banyak pihak - hinggalah Rais menilai kembali keadaan dan bertindak.

Arahan ini, walaupun dianggap kecil, antara langkah ke arah memupuk semangat 1Malaysia.

Kepada mereka yang mengecam arahan tersebut, sila baca peraturan berikut di Amerika Syarikat berhubung cara menghormati lagu kebangsaan negara itu:

'"United States Code, 36 U.S.C. § 301, states that during a rendition of the national anthem, when the flag is displayed, all present except those in uniform should stand at attention facing the flag with the right hand over the heart; men not in uniform should remove their headdress
with their right hand and hold the headdress at the left shoulder, the hand being over the heart; and individuals in uniform should give the military salute at the first note
of the anthem and maintain that position until the last note; and when the flag is not displayed, all present should face toward the music and act in the same manner"

Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN


Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin

PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhan nya

pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama

Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang

Tunku Abdul Rahman , PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin

PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan

Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam

Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya "… mereka menjadikan agama ( memperalatkan agama )

untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan ( parti parti ).

Masing masing puak (parti ) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka.." Tidak heran lah sejak

dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin

hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah

menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini.

PAS merupakan satu satu nya parti politik yang tidak pernah membuat kesilapan berbanding dengan

BN kerana sejak tahun 1951 hingga sekarang kecuali 4 tahun dari 73 ke 77 semasa bersama BN kerana

PAS tidak pernah berbuat apa apa. PAS tak pernah bina mesjid, bina sekolah, bina hospital, bina apa

apa kemudahan , termasuk memberi biasiswa atau pinjaman pendidikan selain dari mengutip tabung

jihad untuk kepentingan para pemimpin mereka yang tak pernah di odit. Hampir keseluruhan wakil

rakyat PAS termasuk PKR mendapat pendidikan hingga ke luar negara tidak seorang pun di biayai

melalui tabung pendidikan PAS, sebalik nya mendapat faedah dari program yang di rancang oleh

kerajaan BN yang tidak pernah membeza antara orang PAS dan bukan PAS. Malah ribuan anak orang

PAS walau pun ibu bapa mereka mencaci apa yang di buat oleh BN , mereka berebut rebut untuk

memastikan anak mereka mendapat tempat di MRSM, Sekolah Asrama Penuh dan program ke luar

negara. Alasan mereka razeki anak mereka ini kurniaan Allah dan tidak perlu berterima kasih. Mereka

ini lupa kepada Hadis Rasulullah , riwayat Ibnu Abi Dunya yang bermaksud , " Sesiapa yang tidak

berterima kasih kepada manusia ( yang membuat kebaikan kepada nya ) ia di anggap tidak bersyukur

kepada Allah ." Sikap yang menggangap semua perkara datang langsung dari Allah sementara manusia

tidak ada hubungan langsung ada lah fahaman Jabbariah. Aneh nya dalam kes kerajaan Perak yang

sememang nya ketentuan Allah untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin , tidak pula gulungan ini

menerima dengan hati yang terbuka. Malah bila keputusan mahkamah memihak kepada mereka,

di anggap adil, sebalik nya bila memihak kepada BN mereka menuduh hakim berat sebelah. Akhir nya

ada pemimpin mereka yang sanggup melakukan perkara yang tidak pernah di lakukan oleh mana mana

ahli Parlimen sebelum ini dengan kempen untuk membubarkan DUN Perak sedangkan dalam PRU 12

walau pun DUN Kelantan hanya punya 2 kerusi majority, kemudian menjadi 1 kerusi majority selepas

kekalahan PAS di pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, penyokong UMNO tidak pernah melakukan perkara

tidak senonoh untuk meminta pembubaran DUN Kelantan. Seharus nya pemimpin dan penyokong PAS

merujuk kepada sepotong Hadis Nabi SAW , " Tidak berhimpun umat ku atas kesesatan, bila berlaku

perselisihan hendak lah kamu mengikut gulungan yang terbanyak. " Antara PAS 6 kerusi dan UMNO

27 kerusi, seharusnya berpandukan hadis ini, pemimpin PAS harus menunggu PRU 13. Apa tah lagi

pemimpin tertinggi mereka di Perak pernah menjadi Pengarah Agama di JPM. Yang jelas nya pemimpin

Islam dalam PAS lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP dari bekerjasama dengan UMNO, takut

kalau kalau dijadikan boneka.

Soal lompat melompat, pancing memancing wakil rakyat sebenar nya di mulakan oleh PAS sendiri.

Pada tahun 1959 dengan isu kafir mengkafir dan menuduh UMNO berkongsi kuasa dengan orang

kafir dari MCA dan MIC , pemimpin PAS berceramah dengan Surah Al Imran Ayat 28 yang bermaksud,

"….. Jangan lah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin atau teman rapat dengan

meninggalkan orang beriman…" tanpa membaca keseluruhan ayat berkenaan. Akhir nya PAS menang

di Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu mereka menang 13 kerusi, Parti Negara 4 dan UMNO 7.

Pada 24 Julai 1961 PAS berjaya memancing ADUN UMNO Ismail Abas ( Langkap ). Tetapi pada 22

Oktober 61 oleh kerana PAS mungkir janji dengan tidak melantik ADUN Parti Negara menjadi EXCO

Tanah, 3 ADUN PN melompat ke Perikatan. Setelah ADUN mereka sendiri sedar sikap pemimpin PAS,

akhir nya bila Tuan Guru Kadir Mohamad ( Kuala Terengganu Tengah ) dan Tuan Guru Wan Said

Mohd Nor (Kuala Besut) menyeberang ke Perikatan , empat lagi ADUN PAS turut serta , akhir nya

kerajaan PAS pimpinan YAB Mohd Daud tumbang pada 30 Oktober 61. Pada tahun 1973 setelah

merujuk kepada ulamak ulamak yang tidak berkepentingan seperti Tuan Guru Haji Md Nor Teliar,

Tuan Guru Haji Md Nor Selising dan Tuan Guru Haji Omar Daud, PAS bersetuju untuk mengadakan

pakatan dengan Perikatan di mana terbentuk nya kerajaan campuran di Kelantan dan terdaftar lah

BN pada bulan Jun 1974. Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa . " Mengenai kerajaan campuran ada

lah harus dan di tarjih oleh Kongress. Malah semasa meujudkan Barisan Alternatif 1999, Haji Hadi

sendiri dalam Amanat Haji Hadi berkata , " di haruskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap

baik walau pun ada sahabat mereka yang secara terang terang menentang Hudud, yang sehingga

hari ini isu Hudud terus di lupakanoleh Kerajaan Islam Kelantan.

Soal tikam menikam dalam parti perkara biasa kerana bukan sahaja PAS kena tikam malah PAS juga

sering menikam dari belakang. Pada pilihanraya 1982 misal nya PAS mengadakan pakatan dengan

DAP dan ABIM untuk menjatuhkan BN selain dari menggunakan isu kafir mengkafir. Malang nya bila

bila pemimpin ABIM yang pernah pijak bendera UMNO mengistihar masuk UMNO pada 15 April 82

PAS sekali lagi menggigit jari dengan hanya memenangi 5 kerusi Parlimen. Tanpa serik PAS sekali lagi

menggadai maruah dan menjadi kuda tunggangan pada pilihanraya 1986 bila PAS mengadakan

pakatan dengan PSRM, SDP, DAP dan Majlis Perundingan Cina ( CCC ) di mana DAP menang 24 kerusi

sebalik nya PAS menyamai rekod tahun 1955 dimana hanya 1 kerusi yang di menangi Nik Aziz yang

jarang bercakap di Parlimen ketika itu. Mungkir janji kepada pemimpin PAS satu perkara biasa. Contoh

yang jelas pada pilihanraya 1990. Walau pun telah di adakan perjanjian dengan Semangat 46 , sekira nya

kedua dua parti menang di Kelantan, Menteri Besar milik PAS tetapi Timbalan Menteri Besar di serah

kepada S46. Tetapi selepas sahaja di istihar menang, kedua dua jawatan di bolot oleh PAS. Hanya

selepas protes ,di ujudkan jawatan TMB 11 yang tidak berfungsi di serahkan kepada YB Rozali Ishak ,

tetapi banyak jawatan di peringkat Majlis Bandaran, Majlis Daerah di bolot oleh PAS. Malah banyak

kawasan DUN di Terengganu , Kelantan dan Kedah berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran gelagat

pengikut PAS yang tidak berpegang kepada janji, walau pun sebahagian besar belanja pilihanraya

di biayai oleh Semangat 46. Kepada PAS, apa sahaja yang menguntungkan mereka, soal moral, soal

halal haram sudah tidak lagi menjadi pertimbangan. Mereka sering memaki hamun pemimpin UMNO

dalam ceramah tetapi bila pemimpin mereka di tangkap khalwat pada tahun 1995, pemimpin tertinggi

mereka berdiam diri.

Ramai juga yang lupa bahawa di dalam pakatan pembangkang majority terdiri dari mereka yang pernah

memegang jawatan tinggi seperti Setiusaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, SUPOL Menteri

Kewangan, SUPOL Dato Syed Hamid, SUPOL Tan Sri Mahyudin dan sebagai nya. Sebahagian besar dari

mereka menjadi kaya raya menguasai syarikat syarikat seperti Sabah Shipyard, anak syarikat Berjaya,

Phileo dan sebagai nya. Malah semasa pasaran saham melambung 1993 – 1994 ada di kalangan mereka

ini yang menyewa keseluruhan Suite di Concorde Hotel selama 6 bulan dan ada di kalangan pemimpin

ABIM yang mendapat kontrak berbilion ringgit di samping memiliki saham terpijak HICOM, Tenaga,

Telekom, Petronas Gas tidak termasuk peruntukan 30% Bumiputra yang mereka rompak dengan

rakus nya. Dizaman ini lah ada orang orang ABIM yang menjadi pengunjung tetap Twin Club, Seven

Avenue, Deluxe dan sebagai nya. Tak kurang juga yang berkahwin mutaah dengan GRO. Aneh nya

mereka ini lah sekarang bercakap tentang kerajaan bersih, kerajaan alternative dan sebagai nya.

Syukur kepada Allah dengan terkeluar nya musang berbulu ayam dari dalam UMNO, parti ini menjadi

bertambah kukuh dan biar lah mereka terus bermimpi di siang hari, kerana akhir nya rakyat boleh

menilai antara parti retorik dan parti yang walau pun tidak seratus peratus sempurna tetapi hakikat

nya dari sebuah masyarakat yang daif kini menjadi sebuah negara yang di segani. Tetapi sebalik nya

jika ada yang ingin mempertaruhkan masa depan anak cucu mereka di tangan mereka yang pernah

menjadi perompak tunggu lah saat kehancuran seperti pesan Rasulullah SAW , " Jika sesuatu urusan itu

di serah kepada bukan ahli nya, maka tunggu lah saat kehancuran nya . " Riwayat Al Buhkari.

Perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku semasa pembukaan Parlimen baru baru ini serta

tingkah laku penyokong PAS berbaring di tengah jalan menyekat kenderaan DYMM Raja Muda

Perak beberapa bulan yang lalu membuktikan betapa pemimpin PAS begitu gila kuasa sehingga

mereka lupa bahawa mereka hanya punya 6 kerusi berbanding BN 28. Oleh kerana empat parti

bertanding menggunakan symbol berbeza dan pakatan pembangkang bukan satu parti yang

berdaftar seperti BN, seharus nya BN lah yang kehadapan menubuhkan kerajaan. Tapi sebagai

orang Islam yang taat kepada Ulil Amri seperti yang di perintahkan oleh Allah, UMNO menghormati

keputusan DYMM Sultan Perak. Malang nya bila ada yang melompat ke BN dan keputusan memihak

kepada BN kenapa pemimpin PAS tidak bertindak seperti BN. Malah penyokong PAS meneruskan

tunjuk perasaan dan lupa kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Sesungguh nya Allah benci

kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit jerit di jalanan " ( Riwayat Ibnu

Abi Dunya dari Jabir r.a ) Sepotong Hadis yang diRiwayatkan oleh At Tabrani yang bermaksud ,

"Akan muncul tiga perkara buruk sebagai tanda dekat qiamat, salah satu nya , orang berjuang

dan berjihad secara tunjuk perasaan ( demonstrasi ). Tetapi memandangkan latar belakang

kebanyakan pemimpin PAS sekarang yang berlatarbelakangkan IRC, MISG, Suara Islam semasa

puak puak ini menuntut di luar negara atas tajaan kerajaan, bagi mereka cara tidak penting asalkan

matlamat mereka tercapai. Trend ini jika di biarkan berterusan sudah tentu akan menjadikan

negara ini porak peranda dan rakyat khusus nya gulungan muda perlu melihat kepada apa yang

sedang berlaku di kebanyakan negara Islam kebelakangan ini termasuk lah yang sedang berlaku

di negara Iran yang kebanyakan sepanduk nya menggunakan Bahasa Inggeris walaupun tidak

ramai rakyat negara itu yang mampu bertutur selain dari bahasa Parsi.Kalau lah benar Quraan dan

Hadis menjadi panduan kita, wajib kita mengikuti perintah Allah seperti di dalam Surah Al Anfal

8:46 yang bermaksud , "…. Dan jangan lah kamu sekelian berbantah bantaha ( berbalahan ) yang akan

menyebabkan kamu keciwa dan kehilangan kekuatan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Jangan

lah kamu berbantah bantahan sebab orang yang sebelum kamu telah berbantah bantahan, lalu

akibat nya mereka binasa. "

Kesimpulan nya, rakyat yang akan menjadi hakim kepada kemelut politik yang berlaku sekarang , perlu

memikirkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan peribadi. Pengalaman menunjukan perpaduan

yang di asaskan bukan atas dasar untuk menegakan kebenaran tidak akan mendapat keberkatan

dari yang Maha Esa seperti Firman Allah di dalam Surah Al Hasyar ayat 14 yang bermaksud , "….

Kamu melihat mereka itu macam bersatu. Tetai sebenar nya hati mereka berpecah belah. " Dan

Ingat lah kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Jangan lah kamu duduk semajlis dan

Bercampur gaul dengan sebarangan ulamak kecuali dengan ulamak yang mengajak dari lima

perkara kepada lima perkara ;

  1. Yang mengajak dari membuang keraguan kepada keyakinan
  2. Yang mengajak dari membuang riak kepada ikhlas
  3. Yang mengajak dari membuang tamak kepada zuhud
  4. Yang mengajak dari membuang takbur ( ego ) kepada tawaduk
  5. Yang mengajak dari membuang permusuhan ( pergaduhan ) kepada nasihat menasihati

    Dan perdamaian ( persaudaraan )

    Riwayat Abu Naim dari Jabir r.a


     

Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

Friday, June 12, 2009

Ketaksuban dengan pembohongan membawa kpd anarki di negara ini


Saban hari kita mendengar dan membaca pelbagai dakwaan yang sebahagian besar (jika tidak kesemuanya) pembohongan belaka.

Mungkin timbul persoalan dalam pemikiran orang ramai kenapa tidak sesuatu tindakan keras diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani keadaan ini?

Jawapannya bukan begitu mudah kerana pada dasarnya penipuan memainkan peranan penting dalam politik, terutama sejak kebelakangan ini.

Dengan pembukaan 'frontier' baru dalam bentuk internet, pelbagai kaedah negatif ditiru dan diteladani oleh aktivis dan pembangkang - kebanyakannya dicontohi daripada strategi yang digunakan oleh negara-negera blok komunis abad yang lalu.

Lebih ketara digunakan ialah strategi kotor politik di Amerika Syarikat seperti yang diamalkan semasa revolusi sayap kanan yang dicetuskan oleh Nixon dan diketengahkan oleh Reagan - strategi yang disemarakkan oleh kebencian sosial. Renungkan: apakah sebabnya seluruh wilayah selatan Amerika Syarikat beralih memeluk ideologi Republikan selepas era hak asasi awam (civil rights era?).

Dan di Malaysia dewasa ini pembohongan berleluasa di seluruh pelusuk internet. Strategi yang diamalkan begitu licik kerana elemen yang paling utama dalam strategi ini ialah supaya mereka yang melakukannya bermati-matian mempertahankan kononnya pembohongan mereka itu benar belaka. Dan apabila berhadapan dengan fakta, mereka akan terus menyatakan pembohongan. Kunci kepada strategi ini ialah kesediaan untuk berbohong dan berbohong berkali-kali hingga dipercayai oleh orang ramai.

Jika keadaan begitu rakus dikuasai pembohongan, apa yang bakal berlaku seterusnya ialah anarki dan ketidaktentuan sosial/politik. Inilah yang sedang kita hadapi. Walaupun Mac 8 2008 telah berlalu dengan penghakisan ketara sokongan terhadap BN, namun apa yang nyata, parti itu masih pihak yanag sah memegang tampuk kerajaan setelah diberikan mandat dan kepercayaan rakyat.

Pemberian mandat dan kepercayaan bererti kita mempercayai kewibawaan kerajaan dan institusi-institusi yang diberada di bawahnya. Oleh yang demikian, apa yang telah diputuskan, seperti keputusan mahakamah perlu dipatuhi. Inilah demokrasi.

Dan sekiranya segala-galanya dipersoalkan; mahkamah, polis dan segala tindakan kerajaan diperlekehkan, apakah erti mandat yang diberikan?

Kepercayaan itu penting. Tanpa kepercayaan segala-galanya akan musnah setelah dirundung pelbagai kebimbangan.

Ini membawa kita kepada tuduhan melulu terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara Abdul Gani Patail. Kedua-dua mereka telah dibersihkan daripada dakwaan bersabit pemalsuan dalam kes konspirasi politik seperti yang didakwa Anwar Ibrahim. Ini perlu dihormati. Jika tidak apa lagi pilihan kita? Apakah orang Melayu/Islam rata-rata jahil dan korup belaka hinggakan tiada satu pun yang telus dalam kehidupan mereka? Mustahil. Kita mempunyai conscience. Punyai suara hati.

Sama juga dengan tohmahan terhadap PM Dato' Seri Najib. Jika nak dihitung tuduhan melulu terhadap dirinya di internet, tak terkira. Tetapi apa yang pasti, tiada siapa pun yang tampil kehadapan untuk benar-benar membuktikan kesahihan tuduhan mereka.

Para anarkis ini menangguk di air keruh. Mereka mengambil kesempatan daripada kesempitan pemikiran pengikut mereka dan sebahagian besar orang ramai yang tidak bermaklumat.

Kini fikir dan fikirkan lagi keadaan ini. Apakah pemimpin dan kerajaan Malaysia begitu pincang hinggakan segala-galanya buruk belaka? Jika anda mempercayai ini, jelaslah anda hanya memperagakan bentuk singkat minda sendiri. Bermuhasabahlah.

Sunday, May 31, 2009

Salah ke perjuangkan bangsa sendiri?


 


 

Disebabkan cita-cita seorang manusia mahu menjadi PM, seluruh bangsa Melayu kacau bilau, perpecahan yang bertambah ketara sementara yang lain macam HINDRAF naik minyak.

Masing-masing yang kata UMNO rasis tu tidak sedar diri mereka hidup sekarang ini pun kerana ehsan dan perjuangan UMNO dulu-dulu.

Tetapi biasalah, Melayu mudah lupa. Senang sikit sahaja sudah berubah. Sangat susah berterima kasih dan mensyukuri nikmah Illahi dan tidak rasa bertuah jadi rakyat Malaysia.

Ada apa dengan PKR? Apa SEBENARnya yang sedang mereka perjuangkan. Waiyazubillah, kalau pakatan pembangkang memang pun tidak mungkin Anwar akan jadi PM. Ramai dari PAS juga terliur nak jadi PM. Masing-masing mendabik dada boleh jadi pemerintah Malaysia.

Kesimpulan yang sedih adalah orang Melayu bertambah keliru dan berpecah. Hanya kerana satu manusia yang nak berkuasa. Sekarang ada sorang lagi di Perak.

Kita pun hairan bagaimana orang macam ini ada banyak tenaga dan idea tak habis habis siang malam pagi petang, menghasut menghasut menghasut supaya rakyat benci pada pemerintah sekarang.

Banyak betul tenaga nak buat fitnah dan mencaci orang lain. Mengapa tidak guna masa dan tenaga untuk bantu penduduk di bawah kawasan masing masing yang telah keluar mengundi menjadikan mereka MP atau ADUN? Bukankah Gaji mereka dibayar untuk bekerja untuk rakyat sama ada mereka Pemerintah atau Pembangkang?

Apa salahnya UMNO perjuangkan untuk orang Melayu. Habis kalau UMNO tak perjuangkan untuk orang Melayu, kita nak harap Karpal Singh dan Lim Kit Siang perjuangkan untuk orang Melayu??

Lim Kit Siang tak perjuangkan untuk bangsa dia ke? PAS Kelantan kata mereka tidak perjuangkan perkauman, cubalah kalau orang luar nak berniaga di Kota Bahru atau di pasar Siti Khatijah. Lihat apa reaksi orang Kelantan.

Jangan cuba mainkan sentimen kaum untuk kepentingan peribadi dan politik sendiri.


Tidak ada satu bangsa yang tak sayang pada bangsanya sendiri.

Tuesday, May 26, 2009

Zaharin Yassin anggap rais dan Zahid jahil zaman...


Ini antara petikan blog Zaharin:

"...sewajarnyalah rakyat dibentuk menjadi bangsa yang pemaaf, maka rakyat di ajak memaafkan juga segala kesalahan Chin Peng tanpa sedikitpun berusaha melupakan kesalahan tersebut..."

"...Rais Yatim dan orang-orang yang tidak bersetuju akan kembalinya Chin Peng ke tanahair yang kesemuanya orang Melayu dan pasti beragama Islam. terutama Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan dan sebelumnya Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, jangan bersifat perkauman dalam soal komunis kerana beberapa nama orang Melayu boleh disenaraikan dalam Parti Komunis Malaya dan apa bezanya Musa Ahmad yang pernah dibenarkan balik ke Malaysia dengan Chin Peng? Dan apa kurang peranan Rasyid Mydin dan Chin Peng yang dihantar mengerjakan Haji oleh Megat Junid Megat Ayub yang pernah menjadi menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri..."

Komen Lenggong Valley:

Macam mana orang Melayu macam ini boleh diterima balik masuk UMNO?

Baca post blognya di sini.

Thursday, May 21, 2009

‘Dilema Melayu Anwar’


 

Terjemahan post dari blog Rockybru:

Seorang kawan mengirim satu emel kepada saya kelmarin bertanyakan samada saya telah membaca artikel mengenai Malaysia yang tersiar dalam majalah The New Yorker. Artikel bertajuk 'The Malay Dilema,' itu dipinjam daripada buku kontroversial penulisan Dr Mahathir.

Saya rasa artikel tersebut lebih sesuai diberi tajuk 'Anwar's Malay Dilema.' Jika diberdasarkan sepenuhnya pada artikel tersebut untuk menganalisa politik Malaysia, kemungkinan besar seseorang itu akan bertanggapan Malaysia sebuah negara yang tidak lagi mempunyai harapan, kerana masa depannya terletak hanya di tangan seorang individu.

Artikel berikut petikan daripada emel kawan saya itu:

Rocky, sejak sekian lama saya merenungkan kenapa sebagai seorang anak muda Melayu, semangat saya begitu lemah sejak pulang pada 2005. Rakan-rakan saya yang bukan Melayu secara terbuka berkata ia kerana 'orang yang mempunyai warna kulit macam awaklah' Malaysia semakin jauh terjerumus ke longkang bersama arus air limbah. Setelah membaca artikel ini, saya mula memahami kenapa. Inilah realiti yang berjaya diwarnakan oleh Anwar berhubung orang Melayu dan Malaysia. Menerusi blog dan media Amerika, dia telah berjaya menggambarkan realiti ini ke dalam pemikiran rakyat Malaysia dan dunia luar. Artikel ini dihantar kepada saya oleh seorang kawan di Amerika Syarikat yang menggunakan nama samaran 'Nasi Lemak,' berserta komen berikut. Sebaiknya anda membaca komen-komen tersebut selepas membaca artikel itu. Saya percaya ia akan menarik perhatian anda.

Komen yang menyusul;

Anwar tidak akan berjaya menjadikan dirinya seperti Aung San Suu Kyi Malaysia. Apa taknya? Lebih 2/3 pertama kariernya sebagai ahli politik dia dianggap personaliti paling kuat dalam Junta.

"Begitu banyak post blog dan komen telah disiarkan mengenai Anifah dan "mulut besarnya," tetapi tiada seorang pun tergerak untuk mengaitkannya dengan kempen perhubungan awam (PR) dan strategi Anwar menggoda Amerika, yang telah pun dilancarkan sejak sekian lama. Cuba baca artikel dalam majalah The New Yorker itu. Setelah membacanya, apa yang saya bayangkan ialah Malaysia sebagai sebuah negara neo-teokrasi begitu mundur, di mana para panglima perang UMNO memerintah menggunakan cara fundamentalis Islam hingga keadaan menjadi begitu buruk sekali. Apa yang tersirat pula ialah kononnya Anwar seorang tokoh yang ikhlas; yang sentiasa patuh kepada agama dan menganggap dirinya "pesuruh tuhan" bagi menyelamatkan negara. Semua ini karut belaka! Ia tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Ahmad Chelabi apabila dia berusaha meracun pemikiran awam Amerika hingga mempengaruhi negara itu menceroboh Iraq - dia melalukan ini dengan cara menggambarkan Iraq sebagai sebuah negara musuh ketat Amerika. Dan pengaruhnya itu begitu berjaya. BN kini mengalami masalah rasuah dan apati. Ya, begitu banyak dasar Malaysia yang ketinggalan zaman dan tidak berkesan, terutama berhubung isu kaum. Ya, memang benar rakyat dah naik jemu – semuanya ya! Tetapi amat keterlaluan tindakan menyamakan kita dengan parti Baath Iraq yang buta kepada segala yang berlaku di dunia, dan mengandaikan kita satu bangsa yang membuta bersikap anti semitik. Fikirkanlah balik. Anwar seorang penderhaka dan pembelot negara yang sebenarnya. Dia dengan rakus dan licik memburukkan Malaysia di seluruh dunia, tetapi hairan mengapa ramai yang menyokong tindakannya. Mereka berkongsi pendirian dan sikap yang sama - sikap menderhaka dan membelot kepada negara!

Orang ramai akan mempercayai apa yang mereka ingin percaya, dan mendapatkan apa saja yang mereka inginkan; itulah kehidupan. Anwar menjadikan dirinya pemangkin kepada segala tanggapan serong rakyat Malaysia - menggunakan segala rungutan sebagai wadah perjuangan songsang untuk menjadi Big Boss di Malaysia. Mungkin juga mereka ini memerlukan seorang petualang seperti itu untuk memperjuangkan segala kekecewaan mereka. Tetapi, demi Tuhan, ketahuilah apa bentuk wadah yang anda gunakan. Mungkin anda tidak menyerdari ianya sebuah mangkuk tandas.

Apa yang diperkatakan Anifah bukan sesuatu yang baru - sesiapa saja yang mempunyai sedikit-sebanyak minat tentang Malaysia akan pernah mendengar mengenai tuduhan berhubung Altantuya (kawan-kawan Amerika saya pun pernah membacanya di beberapa laman web berita antarabangsa, dan sebenarnya mereka tak ambil pusing pun mengenai apa yang berlaku di dunia sebelah sini.)

Dengan tersiarnya artikel majalah The New Yorker itu, masyarakat intelek Amerika kini akhirnya disedarkan mengenai Malaysia. Negara ini semakin menonjol di skrin radar mereka sebagai sesuatu yang kotor dan tidak kena. Apa yang dilakukan oleh Anifah, dalam konteks ini, pada pendapat saya tidak salah. Baik juga Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton tidak begitu berminat terhadap apa yang dilakukan Anwar (sementara mempertahankan pegangan Amerika kepada kedaulatan dan proses undang-undang semasa perbincangan yang menyusul.) Saya rasa beliau menyedari sesuatu yang tak kena ketika itu, terutama memandangkan segala kaitan Anwar dengan petualang neo-con pencetus perang seperti Paul Wolfowitz. Saya berani bertaruh, beliau tahu bagaimana Chelabi menggunakan Wolfowitz (dan juga sebaliknya), dan tidak akan mengambil risiko untuk mengusahakan satu lagi agenda bodoh. Dan tidak mengambil kira segala usaha pincangnya, Anwar tidak mungkin akan mampu menyamakan dirinya seperti Aung San Suu Kyii Malaysia. Mana boleh? Kan sepanjang 2/3 kariernya dia tokoh paling kuat dalam Junta?

Saya memang telah menjangkakan komen ini, seperti juga komen-komen lain yang mempunyai maksud sama akan diketepikan dan dipersendakan. Tetapi, buat masa ini, tindakan dan trend paling popular ialah menghentam dan memperlekehkan kerajaan. Semua kawan saya melakukannya.

Wednesday, May 20, 2009

Perak : Merujuk ke mahkamah bukan penyelesaian


Situasi politik pekat seperti yang berlaku di Perak bukan sesuatu yang boleh diharapkan kepada mahkamah untuk diselesaikan secara berkesan.

Kehakiman hanya sesuai dirujuk bagi menyelesaikan isu-isu perundangan, bukan isu politik.

Mahkamah sekadar menawarkan penyelesaian secara satu persatu dan bukan secara menyeluruh. Ekoran itu, disebalik selaput resolusi undang-undang, kita melihat sebuah kolam takungan kotor dipenuhi polarisasi dan isu-isu yang memeningkan – isu-isu di mana tiada mahkamah boleh hapuskan segala perbezaan, keruntuhan harmoni dan kegilaan.

Oleh yang demikian, tindakan merujuk kepada mahkamah sesuatu yang sia-sia. Kedua-dua pihak perlu akur kepada keadaan bahawa perbincangan dan tolak ansur antara satu-satunya resolusi berkesan.

Thursday, May 14, 2009

Where people power ends and institutional power begins (on behalf of the people)


Democracies that are entrenchedly rooted to the Rule of Law, are Nations of Laws, not of Men.

It is the Assembly and not the who people determine who becomes MB by giving/withholding support.

So, by going back to the people against the wishes of the majority ADUN, who were, invariably elected by the people during an officially convened election, naturally transgresses the right and role of the Assembly, who were mandated to represent the people.

There has to be a demarcation of sorts as to where the people play their part and where it ends when they surrender their mandate into the hands of their duly elected representatives. The people have a chance to elect their constituency representative every five years, or earlier if the good Sultan agrees.

And this is clearly entrenched within the Constitution, which says it is the Royal Prerogative. Henceforth, To force the Sultan to agree is to deny him his constitutional discretion.

I believe We must accept supremacy of laws over groups of people to be safely anchored as a nation based on laws.

And let us not forget there is an orderly way for the people to legislate law. Disorderliness is equal to anarchy, and anarchy begets lawlessness and misery.

Thursday, April 30, 2009

Isu Islam anak-anak...

Perspektif blogger ini ringkas saja...

Walaupun artikel 12  (4) menggariskan haluan berhubung isu ini, kita juga perlu ingat Perlembagaan hanya satu kod kasar yang terbuka kepada pelbagai tafsiran perundangan.

Islam agama rasmi majoriti penduduk Malaysia...oleh itu seharusnya pendirian pihak berkuasa Islam mempertahankan syiar dan dakwah (yang dituntut) Islam.

Oleh yang demikian,di sini idea liberalisme atau moderat dalam Islam tidak timbul sama sekali., Pihak berkuasa mesti bertegas dan memegang kepada pendirian kukuh demi Islam.

Sunday, April 19, 2009

PKR sebenarnya tahu persona Anwar...


Di Ijok pada 2007, Anwar mula menabur fitnah mengaitkan Najib dengan skandal komisyen pembelian pesawat sukhoi dan kapal selam scorpene. Untuk menyakinkan lagi tuduhan tersebut, dia mendakwa mempunyai maklumat dan dokumen seperti juga dakwaan kononya memiliki enam peti dokumen yang membuktikan amalam korup Mahathir.

Harga pembelian tentera adalah rahsia. Bagaimana Anwar boleh mendakwa mempunyai maklumat dan dokumen itu? Apakah ini drama lagi?

Atau mungkinkah Anwar memperolehi maklumat tersebut daripada pihak perisikan British atau organisasi-organisasi perisikan antarabangsa lain yang bersekongkol dengannya?

Tarikh perbicaraan sodomy II semakin dekat dan pintu penjara Sg Buloh sedang menggamit kepulangan anwar. Saiful pula membayangkan kewujudan video berhubung kes tersebut. Alasan Anwar ialah menidakkan kesahihan video itu dan mencipta alasan. Tapi nampaknya dia takkan berjaya.

Juga dengar khabar PKR maklum dgn kepincangan moral Anwar. Segala usaha membuat tohmahan kononnya Anwar diperangkap sekadar bertujuan memastikan Pakatan mencapai matlamatnya sebelum tarikh pemutusan mahkamah ke atas Anwar yang dirasakan begitu pasti.

Pakatan tidak dengan serius menafikan kepincangan moral Anwar. Apabila Karpal berkata mereka perlukan pemimpin lain, selaput kepura-puraan begitu tipis. Karpal sebenarnya berkata Anwar tidak pernah bersih dan seorang penjenayah.

Hanya 'political expediency' untuk menjaga permuafakatan pembangkang memaksa Karpal melapikkan kecamannya terhadap Anwar.

Agenda licik seorang moderate


 

Anwar Ibrahim seorang 'moderat,' tetapi menjadi seorang moderate amat berbahaya.

Lebih mudah berurusan dengan seseorang yang ghairah melaungkan mesej-mesej radikal, tetapi tidak mempunyai sebarang keupayaan politik atau intelek untuk menterjemahkan segala radikalisme itu menjadi dasar. Juga mudah untuk memburuk dan menjatuhkan seorang yang radikal daripada menahan penularan pengaruh intelek yang dipunyai seorang moderat.

Dengan latar belakang radikal dan persona moderat masakini, dan pada umur menjangkau 60an, Anwar dengan segala muslihatnya mewakili satu kemampuan hebat untuk membawa Malaysia ke arah apa yang ditafsirkannya sebagai kebebasan sosial, ekonomi dan kemerdekaan. Apakah CIA inginkan seorang ahli politik sebegitu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Konspirasinya ialah supaya Anwar ditunggang terlebih dahulu bagi memastikan yang lain-lainnya akan turut serta.

Tuesday, April 14, 2009

The Ingrates in MCA


Ain't it obvious that the Chinese come together when it hits them right on the nose? All Chinese papers see Muhyiddin's comments as something negative. MCA, Gerakan and DAP also hopped on the band wagon to hit out at Muhyiddin. Differences of opinions aside and unite in the name of race. Just look at how the Chinese come together when confronted with issues that is related to their race. At the same time MIC, too, is pressing for important posts in the Cabinet. All these are happening when the Malays are seemingly weak and divided. If the Malays are strong will they have the audacity and resoluteness to put forth outrageous demands?



Yip Sun Onn (assembyman for Titi Tinggi, Perlis) won his seat as the people's representative with the support and votes from the Malays in the last general election. Many of the Malays in that constituency never really knew who Yip was before standing in Titi Tinggi. Although Yip never mixed with the Malays, nevertheless, the Malays still supported and voted for him. They chose him in the spirit of brotherhood in Barisan Nasional. Although he had on at least one occasion said things which could have hurt the Malays during his campaign, the Malays still helped him. They climbed posts and trees, stuck posters all over and went out of their way to speak in support of him.

Sadly, upon winning the seat at Titi Tinggi dan appointed Perlis State Exco, Yip began to show his true colours. He brashly interfered with the appointment of the JKKK for Titi Tinggi, where the majoriti is Malays. Yip brushed aside the democratic voice of the kampung folks who had wanted the UMNO branch chief to be the head. Yip unilaterally appointed the JKKK without the consent of the villagers, and caused a protracted division of the community. Was it Yip's right to determine members of the JKKK, which is tradisionally is chosen from the pool that is the UMNO branch committee?

The Malays of Titi Tinggi are not beggars. Mr MCA President, please take note of this case. Before you forge ahead with your populist demands, pray look back and ensure that MCA YBs are beyond reproach. Please go to Titi Tinggi and ask the Malays there. They were forced to chose an incapable candidate, that is Yip. If not because of Malay votes, don't even for a second think that MCA would have won the seat. People like Yip only thinks of himelf.

Yip is an example of how an MCA rep is not grateful to the Malays.


AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

So much for morals in Malaysia...


 

While not condoning any moral transgressions, whether it be within BN or elsewhere, one thing that we need is to get a firmer hold on things for the sake of our children. Henceforth, indiscretions by leaders, whether it is their private or personal rights must not be taken lightly...

What can we say about the fiasco surrounding Elizabeth Wong? No, she must not represent Bukit Lanjan anymore...

The following excerpt tells volumes about the convoluted moral mindset of the those in Pakatan:

"Eli has not done anything wrong to the Rakyat. What one does in the bedroom is nobody's business. Try telling the story to the Westerners, esp. the French. Carla Bruni even posed nude in a magazine - so what? She is still First Lady of France with lots of admirers (I would not ask our First Lady to do the same though ... ehemm...). I have not seen any nude pics of Eli, but I believe she has a great physique that other women envy. Who cares as long as Eli does her job well. Would you exchange her for a corrupted politician who would be more interested in his own pocket or someone not as good as her? What a pity to lose her."

Tuesday, April 7, 2009

Menyorot hasil di dua bukit...


ha

Jangkaan awal pengundi Cina akan berpaling kepada BN tidak berlaku.

Apa yang terjadi pengundi Cina di Bukit Gantang sebaliknya membelakangkan BN. Hanya 10 peratus pengundi Cina mengundi calon BN sementara baki 90 peratus lagi mengundi Nizar dan Pakatan.

Apa yang perhatikan parti-parti komponen BN, iaitu MCA dan Gerakan perlu mengkaji dengan mendalam apa yang berlaku. Jika Bukit Gantang dapat digunakan sebagai pengukur, pengundi Cina telah hampir sebulat suara menolak mereka!

Dalam pada itu statistik yang sama menunjukkan bahawa pengundi Melayu yang memilih BN sebenarnya telah bertambah...oleh itu, kita sama-sama tengok siapa yang menolak siapa di sini...

Monday, April 6, 2009

Mereka yang mempertahankan Al-Quran di panggil monyet?


 

Peguam/blogger Harris Ibrahim menyanggah dan menyindir tindakan mulia sekumpulan orang Melayu yang membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggung jawab YB Ngar Kor Ming di IPD Taiping kelmarin.

Harris dengan jeliknya menyifatkan mereka sebagai monyet.

Premis kecamannya itu kerana seorang daripada kumpulan yang membuat laporan tersebut merupakan timbalan ketua cawangan UMNO bahagian Bagan Datoh. Itu menaikkan lagi kemarahan blogger berkenaan.

Bagaimanapun, hakikatnya, tidak kira samada laporan dibuat oleh orang UMNO, PAS atau siapa saja bagi mempertahankan maruah Islam, apa yang nyata tindakan itu perlu dilakukan.

Bagi betis nak peha...


Peranan MCA sebagai parti komponen mewakili masyarakat Cina yang merupakan rakan kongsi BN kedua terutama selepas UMNO perlu dikaji dan perhalusi sebelum Kepimpinan BN dan Kerajaan menimbangkan permintaan yang berulang ini. Ini kerana prestasi MCA yang hanya mampu meraih 15 kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya tidak melayakan mereka membuat sebarang ‘permintaan’, lebih lebih lagi strategik seperti Timbalan Perdana Menteri II. Kemampuan meraih 15 kerusi ini pun bergantung pada undi Melayu, yang semestinya dijana kerana ‘muka’ yang UMNO berikan.

Jika dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses Pilihanraya untuk memberikan wakil dan suara dalam Majlis Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (1955), walaupun sebilangan besar dari kawasan yang mereka tandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Kemudian, setelah dipilih, mereka tetap diundang untuk menduduki Kabinet kerana Tunku mengiktiraf bahawa keperluan etnik minoriti dalam proses pembinaan Negara-Bangsa. Ini tidak bermaksud konsep ‘perkongsian kuasa’ untuk ialah ber’kongsi’ secara samarata. Kompromi politik yang Kepimpinan Melayu sanggup buat perlu dihayati dari konteks yang betul.

 Peranan minoriti etnik Cina dikatakan penentu antara BN (UMNO) dan PR (PAS), kerana orang Melayu sebagai majoriti penduduk kawasan Parlimen ini dikatakan sudah membuat kesimpulan pihak mana yang mereka sokong. Oleh demikian, parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina sengaja membangkit isu ini sekali lagi sebagai ‘ugutan politik’ kerana undi yang dipengaruhi masyarakat Cina dalam situasi ‘stand-off’ dimana UMNO dan PAS sama kuat seperti di Bukit Gantang ini amat berharga.

Kemenangan ‘moral’ PRK Bukit Gantang ini amat penting bagi Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pertamanya, ini kerana beliau baru mengangkat sumpah dan kemampuan pentadbiran baru meraih keyakinan rakyat di’uji’ dari prestasi BN disini.

Kedua, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Perak dan baru baru ini, penerimaan dan keberkesanan pengaruh dari kejayaan menubuhkan Kerajaan Negeri BN baru dan mengundurkan kerajaan boneka-DAP secara ‘paksa’ diukur dalam PRK Bukit Gantang ini.

Ketiga, ‘peperangan psikologi’ secara fitnah yang Ketua Pembangkang dan Mantan Banduan Salahguna Kuasa Anwar Ibrahim lontarkan secara konsisten untuk ‘membunuh’ kareer poliitik Dato’ Seri Najib juga di’uji’ dalam medan PRK Bukit Gantang ini.

Dalam pada itu, pemimpin politik masyarakat Cina makin ‘berani’ dan ‘lantang’ memperkudakan Islam dalam kempen politik mereka. MP DAP Taiping Nga Kor Ming dirakam menggunakan ayat Al-Quran dan membuat tafsiran semasa membuat ceramah politik. Ini dijangkakan amat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat Melayu. Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria juga apabila diminta membuat ulasan berpendapat tindakan pemimpin DAP biadap ini keterlaluan kerana sebagai seorang Bukan Islam, tafsiran mengenai ayat suci Al Quran dikhuatiri akan di’lacur’kan hanya untuk kepentingan sempit politik.

Ini jelas menunjukan bahawa ada dikalangan pemimpin politik Cina yang berani biadap, terutama bila pemimpin politik Melayu, seperti PAS dan PKR reda untuk tunduk dan ‘menyembah’ mereka, demi pengaruh politik. Walaupun Kerajaan boneka-DAP Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berjaya di’kalah’kan, namun pengaruh sebenar kuasa di Perak jelas terletak bawah DAP dan PAS ‘terbelenggu’ bawah telunjuk DAP. Pilihan Dato’ Seri Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang itu illustrasi jelas bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP walaupun Kepimpinan PAS memilih calon lain.

Orang Melayu perlu waspada dengan perkembangan ini. Pertama, kompromi politik yang orang Melayu sebagai majoriti dan pribumi tanahair ini sanggup dan wajar berikan perlu ada had. Kedua, dalam kealpaan sedikit kompromi diberikan dan dalam kekeliruan memberikan orang lain ‘kebebasan bersuara’, perlu jangan dibiarkan sehinggakan sub-kumpulan ala kommunis dari sebahagian etnik minoriti Cina seperti chauvinis dan pelampau DAP berani berlaku biadap dan me’lacur’kan ugama Islam dalam modal politik mereka. Ini mampu akan menjadikan konflik antara kaum dan/atau ugama yang begitu ramai pihak mahu dielakan berkudis semula sehingga “menang jadi abu, kalah jadi arang”.

Dari bigdog

Friday, April 3, 2009

Tiada batasan, tiada adab bagi Anwar...




Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.




Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan tersebut.

Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008.

Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui surat yang dibuat pada 28 Mac lalu.

Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang.

Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar.

Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal 29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai helah baru.

Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat.

Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengangkat sumpah berkenaan.

Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu.

Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak 'sedia' untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.-

sumber - agendadaily

Thursday, April 2, 2009

Inilah hakikatnya: Pakatan amat bimbang kerana PAS dan Nizar terlanjur...


UMNO perlu menangani kesemua isu dan biarkan pengundi menentukannya.

Pada saat ini segala sentimen sedang mengancam kredibiliti Pakatan Rakyat yang telah sekian lama bermain wayang politik. Berterus teranglah dengan rakyat, terutama majoriti orang Melayu, dan mereka akan membuat keputusan wajar secara rasional.

Rakyat perlu dimaklumkan perkara sebenar di sebalik retorik kosong kerajaan Perak yang pernah dipimpin Nizar.

Kerusi Bukit Gantang ialah pertandingan di antara UMNO dan DAP, dengan Nizar dan PAS dijadikan boneka DAP bagi memperjuangkan ketamakkan, sikap cauvinis dan ego mereka.

Tuesday, March 31, 2009

Hakikat: Melayu pejuang kemerdekaan

Tepat sekali kenyataan Pak Lah bahawa Bangsa Melayu sebagai majoriti penduduk pribumi Tanah Melayu, telah berusaha dan berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan.

Perjuangan tersebut terbina di atas kesedaran semangat nasionalisme melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO, yang tertubuh pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor.

Menteri Besar Johor ketika itu Dato’ Onn Jaafar, seorang bangsawan Johor yang mendapat perkenan restu DYMM Sultan Johor, telah dilantik oleh wakil-wakil 29 NGO Melayu sebagai Yang DiPertua pertama UMNO. Mereka bergabung untuk menentang Malayan Union yang diusulkan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Harold MacMichael.

Itulah fakta sejarah yang tidak boleh diubah-ubah.

Monday, March 30, 2009

To the Chinese Media: hello, be more responsible...


The mainstream Chinese press should be more responsible ...avoid playing devil's advocate over certain issues.

What was said by Datuk Hishamuddin was totally taken out of context.

What he said was in relation to education reforms and the re-aligning of history as a subject – about rukun negara, position of Malay rulers as the pillars of the nation, which should be instilled in our children if they are to keep their identities and be aware of their roots. UMNO fought for all that!

Hishamuddin NEVER denied the contribution of MCA, MIC or the other races!

History is a fact that he cant change...

This is what Datuk Hishamuddin Tun Hussein wanted to say.

Before anyone tries to preempt a follow up reeport in tomorrows news...fall back on this little piece, sans colours and sensation...for heaven's sake...

Friday, March 27, 2009

Bergurau jangan sampai menghina agama!

DALAM pergaulan sehari-hari, kita tidak boleh terlepas daripada bergurau. Malah bergurau itu hampir disenangi oleh setiap orang. Bergurau diibaratkan bunga dalam pergaulan dan pengubat ketika duka. Ada orang beranggapan dengan suka bergurau wajah seseorang itu kelihatan ceria, muda dan tenang. Berbeza pula dengan orang serius dan pendiam, mereka kelihatan murung dan agak tua walaupun umur masih muda. Tanggapan itu hanya sepintas gambaran mengenai perbezaan antara orang suka bergurau dengan orang tidak suka bergurau. Gambaran seperti itu tidak dapat dijadikan suatu panduan kekal. Ramai juga yang tidak suka bergurau, namun masih juga kelihatan muda, ceria dan tenang.Dalam Islam, bergurau tidak dilarang asalkan ia gurauan yang haq (benar).Sebaliknya jika gurau itu sengaja dimaksudkan untuk membuat orang lain tertawa atau supaya ditertawakan, maka sudah tentu ia dilarang. Rasulullah bersabda bermaksud, "Sesiapa berbicara dengan sesuatu perkataan sehingga perkataan itu menjadikan sahabatnya tertawa, nescaya Allah akan menyeksa kelak di neraka." (Tanqih al-Qaul, halaman 54). Sebenarnya Rasulullah pernah bergurau dengan keluarga atau sahabatnya. Mengikut hadis yang bersumberkan daripada Hassan, ada seorang nenek datang menghadap Rasulullah. Di hadapan Rasulullah nenek itu berkata, "Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya dapat masuk syurga.". Kemudian baginda berkata, "Wahai nenek, ketahuilah bahawa di syurga tidak ada orang tua seperti kamu." Sebaik saja mendengar jawapan Rasulullah, nenek itu terus menangis. Tetapi kemudian sambil tersenyum baginda bersabda lagi yang bermaksud, "Bukankah aku katakan bahawa tidak ada orang tua masuk syurga. Semuanya berubah menjadi gadis perawan."

Selepas mendengar penjelasan Rasulullah, nenek itu terus berhenti menangis. Kemudian dia tertawa kerana mengerti bahawa dirinya kelak akan kembali menjadi gadis di syurga.

Berdasarkan peristiwa itu, Rasulullah dalam pergaulan sehari-hari tidak terlepas daripada bergurau. Mungkin kerana sifat baginda yang suka bergurau, menyebabkan Baginda mudah didekati oleh pengikutnya. Malah mereka juga tidak berasa bosan walaupun berada dalam suasana menderita akibat tekanan dan gangguan daripada orang kafir Quraisy. Mereka menghadapi semua penderitaan itu dengan penuh ketenangan dan kegembiraan. Itulah keperibadian Rasulullah suka bergurau dalam pergaulannya. Dengan demikian, suasana kehidupan menjadi lebih ceria dan semakin kukuh ikatan perpaduan.

Sebenarnya bukan Rasulullah saja yang suka bergurau, malah sahabat dan khalifah Islam selepas Rasulullah juga suka bergurau. Khalifah Harun al-Rasyid (salah seorang Raja amat terkenal pada masa kerajaan Abbasiah) juga bersifat sedemikian. Pada masa pemerintahannya, dia tidak pula mengabaikan sifat bergurau dalam pergaulan sehari-hari. Oleh itu, sekalipun Khalifah Harun al-Rasyid sudah berkali-kali disakitkan hatinya oleh Abu Nawas, salah seorang rakyatnya yang sangat terkenal kerana gurau tetapi ia menyukainya. Bahkan ia selalu berasa rindu apabila lama tidak bertemu dengan Abu Nawas. Kadangkala Abu Nawas sengaja dijemput ke istana semata-mata untuk menghiburnya. Meskipun Islam tidak menghalang daripada bergurau, namun kita tidak boleh sembarangan bergurau. Ini kerana terlalu banyak bergurau boleh mendatangkan kesan yang tidak baik. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sesiapa banyak ketawa, nescaya orang bakal meremehkannya." (Tanqih al-Qaul hal. 54).Menurut al-Ahnaf pula, "Banyak ketawa boleh menghilangkan kewibawaan, sedang banyak bergurau boleh menghilangkan harga diri". Oleh itu, jelaslah bahawa bergurau adalah diharuskan dalam pergaulan. Tetapi janganlah pula bergurau sehingga melampaui batas dan melanggari tatacara dalam pergaulan. Dalam erti kata lain, bergurau dengan sopan sehingga jangan sampai menyinggung perasaan seseorang dan menghinakan agama. Selang-selikan kehidupan dengan bergurau yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW. Bergurau dibenarkan dalam Islam tetapi perlu ada batasannya. Jangan sampai bergurau melukakan perasaan orang lain. Mudah-mudahan kehidupan kita ini selalu ceria, tenang, penuh semangat untuk beribadah dan bekerja tanpa ada rasa kebosanan.

ZAITON SHAHARI(Sumber Mutiara Hati

Thursday, March 26, 2009

Muhyiddin wins deputy presidency


 

Official Umno results:

Deputy president: Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 votes

Vice presidents: Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,552 votes, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - 1,515 votes, Datuk Seri Shafie Apdal - 1,445 votes.

Monday, March 23, 2009

Untuk bangsa atau untuk wang dan kedudukan?Fikir-fikirlah wahai org UMNO...


Perwakilan UMNO minggu ini mempunyai tanggung jawab amat berat menentukan Kepimpinan, yang akan mencorakan Perjuangan Memartabatkan dan Menjaga Kepentingan Bangsa,  dalam proses memacu negara kehadapan.

Kesan keputusan pemilihan ini akan mencorak bagaimana rakyat memberikan keyakinan dan sokongan kembali kepada UMNO dan BN.

Apakah Perwakilan UMNO bersedia untuk membuat pilihan atas pertimbangan samada WANG atau BANGSA???

Guang Eng, teluslah...

Pertama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata dia tidak tahu menahu kenapa Timbalan Ketua Menteri (Fairus) tidak datang kerja. Selepas itu, dia berkata pula yang dia telah meluluskan cuti Fairus di atas permintaan Anwar.

Bagaimanapun, Lim enggan menyatakan alasan kerajaan (Pulau Pinang) berhubung perletakan jawatan timbalannya itu.

Sebagai pemegang jawatan awam tertinggi di Pulau Pinang, Lim sepatutnya menangani isu tersebut secara lebih profesional.

Sehingga perletakan jawatannya, Fairus pemegang jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan negeri. Sebagai timbalan Lim dia sepatutnya bertindak sebagai Ketua Menteri semasa ketiadaan Lim. Fairus bukan setiausaha sulitnya di mana perlantikan atau kedudukannya tidak perlu diumum atau diterangkan kepada rakyat..

Lim bertanggung jawab untuk memberitahu sebab-sebab di sebalik masalah tersebut.


 

Wednesday, March 18, 2009

Apa di sebalik anugerah Ambiga daripada Hilary Clinton?


Dipetik dari Lenggong Valley

Yang nyata, jika tiada perpaduan Melayu, tidak akan wujud perpaduan nasional walaupun kaum India dan kaum Cina bersatu.

Mereka merangkumi 40% daripada keseluruhan jumlah penduduk negara ini.

Kita tidak mungkin dapat menilai sesuatu yang baik sehinggalah kita kehilangannya...tetapi apa gunanya?

Hanya bangsa Melayu yang kuat dan bersatu akan dapat memastikan negara Malaysia yang stabil, dan seterusnya mewujudkan kesejahteraan untuk semua. Inilah satu-satunya hakikat yang nyata dan benar dalam politik Malaysia....tanpa ini segala keamanan dan kehidupan berharmoni yang dikecapi (walaupun ada yang menafikannya) akan menjadi sia-sia.

Apakah orang Melaayu dan UMNO menyedari hakikat ini? Kini tidak mahu lihat apa yang berlaku di Iraq dan di Fiji terjadi di Malaysia.

Dalam pada itu kita juga tidak boleh mengambil ringan segala usaha 'counter productive' oleh anasir-anasir asing untuk "melatih" dan "menghasut" beberapa kumpulan dalam masyarakat Malaysia supaya kononnya menerapkan demokrasi 'sebenar,' iaitu demokrasi yang berteraskan ideologi pasca-penjajahan Barat.

Dan kita juga berasa takjub kenapa dengan tiba-tiba bekas Presiden Bar Council diberi pengiktirafan oleh Hilary Clinton yang baru tiga bulan memegang jawatan Setiausaha Negera Amerika?

Apakah Elizabeth Wong atau Teresa Kok akan menyusul sebagai penerima anugerah lain oleh Amerika atau negara sekutunya di atas persepsi "keberanian" dalam usaha mereka untuk membebaskan kita?


 

Tuesday, March 17, 2009

Usah Peduli Agnes Monica & Jelita


Berikut adalah klip video lagu "Allah Perduli" yang dinyanyikan oleh Agnes Monica pada satu sambutan hari Krismas di Bimantara, Senayan, Indonesia pada tahun 2006. Lagu "Allah Perduli" ini diklasifikasikan sebagai lagu gospel, bukan lagu untuk tujuan komersial. Ini bermaksud lagu "Allah Perduli" sudah lama dinyanyikan oleh Agnes. Jika ia dianggap sebagai lagu gospel, mengapakah ia turut dimuatkan sekali dalam album komersial Agnes? Untuk tujuan apa lagu tersebut dikomersialkan? Agnes yang beragama Kristian semakin sinonim di Malaysia dengan lagu Tiada Lagi Logika sejak tahun 2006. Apakah ini jelmaan baru cara Gold Gospel & Glory dalam bentuk lagu?

Kini, Agnes popular dengan cerita Jelita pada setiap jam 3.00 petang di TV3. Populariti Jelita seakan sama dengan populariti "Bawang Putih Bawang Merah" di TV3 pada tahun 2006. Tambahan pula lagu "Matahariku" nyanyian Agnes Monica telah menjadi lagu tema Jelita. Bertambah popular lagi Agnes. Hinggakan ada yang menjadikan lagu "Matahariku" sebagai nada dering telefon kerana pengaruh Jelita. Mungkin kerana populariti Agnes di Malaysia dan Indonesia, maka lagu "Allah Perduli" diselitkan bersama dalam album Agnes Monica. Bukankah ini salah satu cara dakwah licik gospel pada orang Islam?

(Gambar; Berikut adalah lirik lagu "Allah Perduli" yang dinyanyikan oleh Agnes). Pada 13 Mac 2009, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bertindak mengharamkan lagu "Allah Perduli". Jika mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988, sesiapa yang didapati memainkan lagu itu boleh dikenakan tindakan denda RM1,000. Namun sejauh mana penguatkuasaan akan diambil? Bilakah Majis Agama Islam Negeri lain akan menuruti langkah MAIS? Dalam lagu, mereka sudah gunakan kalimah "Allah", hebahannya lebih meluas dari penerbitan Herald Catholic. Apakah akibat yang lebih besar jika penggunaan kalimah "Allah" dibenarkan di Malaysia? Tidak mustahil akan terjadi seperti di negara jiran, di sesetengah tempat liberalisme sudah terbudaya dalam rumah sampailah ke tanah perkuburan.

Undian dalam talian yang dibuat oleh laman web Majlis Peguam. Bukankah bancian di atas dibuat untuk bertanya tentang bersetuju atau tidak untuk murtad? Dalam laman yang sama, Majlis Peguam pernah mengadakan undian berhubung kewajaran pengunaan kalimah Allah. Mengapa Majis Peguam berkelakuan sebegini? Apakah dipengaruhi oleh sesiapa?

Apakah kalangan pemimpin utama pembangkang di Malaysia tidak mahu sedar akibat penyalahgunaan kalimah "Allah" ini? Mengapa perlu sokong lagi usaha Herald Catholic? Usah peduli Agnes dan Jelita. Banyak lagi artis dan drama tempatan yang boleh dipedulikan. Dari dokumentari pendek "Fitna", karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, blog yang menghina Nabi, forum memeluk Islam, usaha Herald Cathollic dan lagu "Allah Perduli". Perkara-perkara ini adalah antara cabaran baru terhadap Islam dalam dunia teknologi kini. Orang Islam di seluruh Nusantara harus bersatu menentang apa juga bentuk dakwah halus untuk mencabar Islam.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)