Awal-awal lagi Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata kerusi Parlimen Taiping antara kerusi BN yang bermasalah.
Kerusi Parlimen Taiping berupa pertandingan satu lawan satu antara Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan calon DAP.
Perebutan kerusi itu antara PPP dan Gerakan menjadi "perang" terbuka setelah diserahkan kepada PPP pada pilihan raya 2004 dan walaupun isu tersebut diselesaikan dengan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bertanding di kawasan Parlimen Gerik, ia masih isu hangat.
Ketua Pemuda DAP Perak Nga Kor Ming yang melawan Kayveas, bagaimanapun bukan calang-calang orang kerana dia antara jaguh parti itu di Perak setelah membuktikan "kehebatan" sebagai Adun Pantai Remis.
Banyak elemen yang menyebabkan pergeseran tetapi punca utama adalah masalah perebutan kerusi dan penerimaan parti komponen lain terhadap gaya presiden PPP itu yang dikatakan kurang disenangi kerana terlalu lantang dan "bongkak".
Taiping kubu kuat Gerakan sejak 1969 tetapi apabila ia diserahkan kepada PPP pada pilihan raya 2004, majoriti undi BN merosot malah jumlah undi dikutip calon DAP dan PKR dalam pertandingan tiga penjuru itu melebihi undi yang diterima Kayveas.
Semua kerusi DUN di Taiping pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS di Kamunting dan BN dan DAP di Aulong dan Pokok Assam.
Gerakan lega kerusi Taiping akan dikembalikan kepada mereka pada pilihan raya akan datang dan Ketua Wanitanya Tan Tan Lian Hoe akhirnya mendapat kerusi tetap tanpa perlu "menyusahkan" Umno yang terpaksa memberi laluan dengan menyerahkan Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada kali ini.
Jumlah pengundi berdaftar di Taiping adalah 65,889 dan daripada jumlah itu, 50.29 peratus adalah pengundi Cina diikuti Melayu (35.20 peratus ), India (13.33 peratus ) dan bangsa lain (1.17 peratus ).
No comments:
New comments are not allowed.