Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa amalan demokrasi diamalkan BN tidak betul kerana bukan seperti di Amerika Syarikat yang membenarkan rakyatnya melakukan tunjuk perasaan walaupun di depan bangunan Rumah Putih.
Kenyataan tersebut disusuli janji PAS membenarkan orang ramai mengadakan bantahan melalui demonstrasi jalanan jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dan dapat membentuk kerajaan.
Hadi berkata parti itu tidak akan menghalang demonstrasi jalanan kerana Pas mahu membentuk kerajaan yang mengamalkan demokrasi sebenar.
Dia berkata, tindakan pihak berkuasa menghalang tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan tidak mencerminkan amalan demokrasi, sebaliknya kerajaan demokrasi sebenar harus memberi kelonggaran kepada rakyat menyuarakan bantahan.
Dengan menyatakan demikian, Hadi secara terang menyokong sistem demokrasi Amerika yang sebelum ini disifatkannya sebagai pincang dan menindas Islam di seluruh dunia.
Komen blogger:
Perkembangan pengaruh Eropah adalah tindakan yang berlaku secara sedar. Ia mempunyai justifikasi dan rasional yang dibentuk oleh sejarah, idea dan identiti dunia Kristian. Kesemua ini dipaparkan secara terang dan jelas dalam beberapa siri penyataan (Papal Bulls & Charters) yang memberi lesen kepada pengembaraan dan pelayaran di atas nama perkembangan tamadun, walaupun ia lebih berupa pengembaraan untuk merompak dan mencabul kedaulatan negara-negara lain. Inilah asas dan rasional yang kononya mensahihkan perkembangan pengaruh barat di serata dunia.
Sekali gus, tindakan barat pada zaman silam itu terukir sebagai ideologi yang kononya benar tanpa megambil kira tamadun-tamadun lain di dunia. Kesemuanya telah membawa kepada imperialisme dalam pelbagai samaran dan bentuk. Pendirian dan ideologi yang tertanam sejak ratusan tahun lalu kini diteruskan dalam bentuk apaa yang diperhatikan sebagai 'hyper-imperialism' Amerika pada hari ini.
Dan dalam konteks penyataan Hadi Awang mengenai ketamadunnan demokrasi ala Amerika, ia jelas membuktikan bahawa Hadi telah dipengaruhi minda imperialis Amerika.
No comments:
New comments are not allowed.