Wednesday, February 25, 2009

Ibrahim Ali pertimbang pelawaaan UMNO...

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau akan mempertimbang pelawaan Umno untuk menyertai parti itu kembali dengan syarat Umno sedia menerima beliau sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan pandangan.

Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Bebas berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, beliau sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong-penyokong di kawasannya.

No comments: