Zaid Ibrahim bukan seorang team player.
Kenyataan berhubung ketidaksesuaian menggunakan ISA sememangnya hak dia sebagai individu dan ahli UMNO, tetapi apakah pulak dengan statusnya sebagai seorang anggota Kabinet?
Bukankah sebagai penjawat potfolio menteri dalam Kabinet dia wajib menerima suara ramai?
Jika 'consciencenya' menolak ISA, mengapa pula dia masih mahu menerima tawaran daripada Perdana Menteri selepas pilihan raya lalu?
Apakah ketika itu dia terlupa yang dia masih ada 'pendirian' sebagai seorang yang liberal dan menyokong penuh segala yang diperjuangkan pembangkang dan anasir-anasir yang menentang dasar-dasar kerajaan?
Ini satu lagi contoh seorang yang belum masak dalam menjadi seorang team player. Isunya di sini bukan sama ada sesuatu dasar itu betul atau tidak, tetapi persoalannya ialah setakat mana Zaid Ibrahim sebagai seorang anggota Kabinet memainkan peranan dalam satu pasukan.
Kenyataan terbaru itu telah menelanjangi dirinya sebagai seorang hipokrit!
Jika dia benar seorang peguam yang bijak ini bukan cara bertindak. Jika tidak menyetujui sesuatu dasar alangkah baiknya jika diuruskan secara dalaman terlebih dahulu?
No comments:
New comments are not allowed.