Friday, June 27, 2008

KETUANAN MELAYU DAN PERLEMBAGAAN DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH MAJLIS PEGUAM

Esok, 28/06/08 jam 9.00 pagi, Majlis Peguam akan mengadakan program debat di Auditorium Majlis Peguam di Jalan Medan Pasar ,Kuala Lumpur (berhampiran Agro Bank). Pembentangan akan berkisar kepada tajuk : "BENARKAH WUJUDNYA KONTRAK SOSIAL" dan "DEBAT KETUANAN MELAYU". Tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat melayu, mereka cuba membawa pendekatan dan konklusi mengikut pandangan mereka sendiri. Maruah bangsa Melayu sudah mula diperkotak-katikkan oleh orang bijak pandai undang-undang bukan melayu. Perlembagaan negara dikesampingkan. Kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu dihina dan diinjak-injak.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga pembentangnya bukan Melayu terdiri daripada Dr Mavis Puthucheary, Pensyarah Sains Politik UKM, Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM dan seorang peguam, Tommy Thomas. Mereka ini kononnya adalah bersifat liberal dan adil. Apakah hak mereka untuk membincangkan atau mendebatkan perkara tersebut? Apakah yang mereka cuba tonjolkan? Apakah agenda mereka yang sebenarnya? Siapakah dibelakang mereka?

Kita semua tersedia maklum bahawa dalam Majlis Peguam ini kebanyakannya mereka terdiri daripada golongan yang banyak memihak kepada pembangkang. Mereka bertopengkan hak asasi dan memperjuangkan liberalisme. Kebanyakan jawatankuasa tertinggi mereka terdiri di kalangan bukan Melayu. Lantas mereka telah tersedia dengan resolusi dan jawapan sebelum program tersebut berlangsung pun.

Ingin sangat saya lihat apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh Melayu dalam PAS dan Melayu dalam PKR. Ingin saya lihat apa tindakan Peguam-Peguam Melayu dalam mahupun luar Majlis Peguam? Saya ingin juga melihat apa kata penyokong-penyokong pakatan rakyat berbangsa Melayu? Mereka pasti gembira dan akan buat kenduri besar-besaran meraikan penghinaan ini.

Saya yakin bahawa Majlis Peguam kini berani menunjukkan taringnya kerana mereka ada DSAI, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. PAS pada pandangan mereka tak penting. Ada tak menambah, tak ada tak mengurang sedikitpun. Tambahan pula mereka melihat PAS sebagai rakan bodoh yang tak wujud dalam pakatan. Hanya layak untuk disuruh lakukan demonstrasi aje. Nak bagitau semua orang supaya tengok melayu tentang melayu.

Saya juga percaya bahawa mereka berani bertindak kurang ajar kerana rakan politik mereka daripada pakatan pembangkang baru dapat memerintah beberapa negeri dan mempunyai 82 wakil rakyat dalam parlimen. Justeru itu, rakan politik mereka akan melindungi dan mempertahankan tindakan mereka.

Sekiranya perkara ini dibiarkan berjalan dan tidak dibatalkan maka akan wujud lebih banyak lagi perdebatan dan perbincangan serta tindakan untuk menidakkan hak dan Ketuanan Melayu. Sedarlah orang Melayu tanpa mengira apa ideologi politik kamu bahawa hari ini orang Melayu disuruh bertelagah sesama sendiri. Sedarlah bahawa mereka dalam pakatan pembangkang dan Majlis Peguam ini bergembira kerana masalah orang Melayu kini dapat dibincangkan oleh mereka. Terbahak-bahak mereka melihat Raja dan Sultan Melayu dihina dan dikeji.

Apakah pandangan tuan dan apakah tindakan tuan?

Oleh: Salza Hedra

No comments: