Wednesday, November 18, 2009

Mahathir sbg Menteri Kanan?

Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma RISDA, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara dunia ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/, yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular. BERNAMA

Blogged with the Flock Browser

Saturday, September 26, 2009

Org Penang, chek oi...sedaqla diri sikit...

Orang Melayu PP sendiri secara tak sedar yang menyokong penuh PR ketika GE12 untuk kaleh kerajaan pimpinan BN dahulu..memang diakui ada salah dan silap pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, tetapi masih lagi bernyawa orang melayu khusus di bahagian pulau, dulu wlaupun orang depa pegang ketua menteri tapi majority terletak pada UMNO atau lebih tepat Melayu nak lagi2 tepat orang Islam, masih lagi ada ruang dan peluang untuk orang melayu bersuara pendapat, bekeras tentang hak dan menjawat beberapa jawatan penting dalam perbadanan/majlis negeri.

Tetapi lihatlah sekarang KESAMARATAAN yang dilaungkan oleh pemimpin PR yang tak serupa bikin, sendiri boleh tengok sapa yang pegang tampuk kuasa ekekutif sebagai decision maker dalam badan2 yang penting dalam negeri?? Melayu ke yang majoritinya?MeLAYU, Cina, India semua sama dulu tu la yang diriuh oleh depa, si melayu telan percaya bulat2..kahkahkah..kalu sama tinggi sama rendah saksamanya kenapalah ada jurang jawatan yang cukup ketara dalam perbadanan seperti contoh dalam PDC, p usha tengok sapa duk kat kerusi empuk tu sekarang, orang depa jugak, sapa duk bekerja bawah dia, melayu la pekerja melaksanakan arahannya…alahai melayu..Mana dia wakil melayu PKR atau PAS untuk menyoal semua perkara ni, hm.. diam seribu bahasa la..

Aku dah teramat meluat dengan sikap yoyo melayu PP,tapi bukanlah semua mcm ni..depa ni tak pernah nak bersatu hati untuk menjadi kuat seia sekata senada sesuara, tak sedar diri tu minority aja kat penang ni.. Cubalah jangan berpecah dan bersatu dalam satu bumbung walaupun suka atau tidak akan parti tertentu namun suara anda dengar juga, ni di satu pihak PAS, ada PKR, ada UMNO, yang atas pagar lagi la ramai..mcm ne tak kena kencing ngan depa….. Negeri ini hanya memerlukan naungan sebuah parti untuk melayu, barulah melayu sendiri akan diangkat. Tak payahla duk hehmoi ketidakpuasan hangpa tu dengan PR buat rugi diri aja.

Depa mcm ne lain2 parti dan ideology pun bila kena orang depa, depa bersatu pakat ramai2 berjuang nasib pembelaan orang depa.Kita? tepuk dada Tanya selera..
Berubahlah melayu PP, bersatu kita teguh…Masih belum terlambat untuk bangkit..
Blogged with the Flock Browser

Thursday, September 10, 2009

Anwar dgn Indonesia, CIA dan agenda British

Masalah besar dgn Anwar dia terlalu ketagihkan perhatian umum. Sebab sebenar dia begitu marah dan ingin membalas dendam terhadap UMNO kerana Tun Mahathir menyumbatnya ke penjara...

Dia begitu seronok setiap minit agenda reformasi dihembuskan kerana dia mendapat fokas ekslusif walaupun merengkuk di penjara. Melalui gerakan reformasi, dia yang ketandusan publisiti dapat menghidupkan imejnya.Kurungan dipenjara menaikkan kemarahannya kerana talian publisitinya terputus.

Perangainya juga disenangi dalang CIAnya yang mendapati keadaan dirinya itu amat menyulitkan. Ini kerana bukan hanya dia yang mengharap untuk menyerlah sebagai pemimpin unggul di Malaysia, ada juga pihak British yang dikatakan berusaha ke arah merealisasikan agenda yang sama, untuk menggugat kestabilan negara Islam paling berdaya maju di dunia,iaitu malaysia.

Apa yang nyata 16 September sengaja disabotajkan oleh Anwar kerana dia sedar tidak akan dapat menguasai sepenuhnya keadaan berikutan tentangan kuat dari dalam Pakatan sendiri...masih kita ingat pakar karate yang ditangkap di Msia kerana cuba mendapatkan pelacur dulu?

Kawannya menajakan rusuhan di Indonesia, pakar karate tu ditangkap di sini dan jawapan rasmi mengatakan dia sedang mendapatkan pelacur wanita, walhal sebenarnya di cuba mendapatkan anak muda lelaki. Anwar mungkin cuba menafikan kaitan ini tetapi dua 'jambu' tersebut mau tak mau ada kaitan dgn apa yang tertulis, iaitu nafsu serakah untuk kaum lelaki.

Anwar menggunakan rangkaian Indonesianya menjana kemarahan terhadap Malaysia sebagai sebahagian daripada tugasan globalnya. Pertalian Anwar di Indonesia dapat dijejaki kpd operatif yang sama di Indonesia di mana CIA juga secara umum diketahui begitu aktif. Anwar sebahagian daripada jentera yang mengapikan-api kebencian kpd media Indonesia seiring setiap kes brutal ke atas pembantu rumah.

Jika ketandusan berita baik, berita tak baik pun jadi...inilah taktik operasi Anwar di Malaysia. Pendekatan yang sama digunakan oleh CIA di Indonesia bagi mencalarkan reputasi dan imej Malaysia dan menggugat perhubungan di antar dua negara islam yang kuat ini.

Strategi jangka panjang ialah untuk memalukan Islam dan menggantikannya dgn satu daripada dua versi Islam Amerika di semua negara Islam, iaitu bentuk Islam yang dinaungi pengganasan tajaan Osama ben Laden, pergerakan wahabbi dan islam orientalis yang sebenarnya sama dgn pergerakan agnostik dalam agama Kristian di mana Tuhan hanya sekadar satu bahan perbincangan - satu titik tumpuan bagi kegunaan kompas moral berdasar logik manusia semata-mata...



Blogged with the Flock Browser

Monday, August 3, 2009

Tongkat lokal, tongkat global

PM Dato' Seri Najib telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi meliberalisasikan ekonomi negara dan sekali gus memperkasakan posisi usahawan Malaysia, termasuk orang Melayu di arena perniagaan peringkat global.

Caranya mungkin agak payah dietrima oleh segelintir orang Melayu di peringkat awal, tetapi ia amat perlu. Ia antara lain membuang tongkat yang digunakan selama ini.

Apa yang nyata, tongkat bukan saja perlu dibuang di peringkat tempatan, ia juga perlu dibuang diperingkat global. Ini bermakna sebahagian besar dasar melindungi perniagaan tempatan juga tidak lagi perlu lagi bagi menyamakan dataran di antara pemain global dan pemain tempatan...inilah realiti yang kita perlu terima.

Blogged with the Flock Browser

Monday, July 27, 2009

Patuhilah undang-undang negara

Dipetik dari A Voice :


Berikut ialah terjemahan penuh kenyataan media Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkenaan inkuiri berhubung kematian Teoh Beng Hock mengikut Kanun Acara Jenayah (CPC) bertajuk "Inkuiri Kematian Mengikut CPC berhubung kematian Teoh Beng Hock":

Tujuan inkuiri diadakan mengikut Kanun Acara Jenayah ialah untuk menyiasat bila, di mana, dan cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu. Ini telah dijelaskan dalam keputusan kes Re Loh Kah Kheng (1990) 2 MLJ 126 Dzaiddin J (bekas Ketua Hakim Negara pada ketika itu),

"Adalah mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu inkuiri mengikut Bab XXXII CPC ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terlibat dalam menyebabkan kematian itu (s 337).

Definisi "Punca kematian" di bawah s 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan sahaja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh di mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.

Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan inkuiri dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutamanya keterangan dengar cakap. Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa."

Di bawah Seksyen 333 Kanun Acara Jenayah, seorang Majistret boleh mengenepikan inkuiri jika beliau berpuas hati dengan punca kematian tetapi dalam semua kes lain adalah mandatori bagi Majistret untuk mengadakan inkuiri; lebih-lebih lagi dalam kes-kes sebegini yang melibatkan kematian mengejut. Mengadakan inkuiri serupa oleh Suruhanjaya Diraja akan mewujudkan pertindihan.

Dalam kes Teoh Beng Hock, saya telah mengambil tindakan di bawah seksyen 339 (1) Kanun Acara Jenayah untuk mengarahkan Majistret mengadakan inkuiri bagi mengetahui punca dan keadaan yang ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock dan Majistret wajib mengadakan inkuiri itu. Oleh itu, adalah jelas bahawa ia cara yang memadai dan venue yang sesuai yang disediakan oleh undang-undang bagi kes-kes sebegini.

Selain itu, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Fungsi Suruhanjaya Diraja ini tidak harus dikelirukan dengan inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah. Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, jelas merujuk kepada siasatan terhadap tatalaku dan pengurusan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan atau bagi kebajikan awam.

Definisi kebajikan dalam The New Shorter Oxford English Dictionary ialah "kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan baik atau kekayaan seseorang, masyarakat dll; kejayaan kemajuan, kemakmuran.". Oleh itu, ia tidak boleh diperluaskan untuk meliputi inkuiri bagi kematian sebegini, di mana inkuiri oleh Majistret di bawah Kanun Acara Jenayah adalah lebih sesuai dan disokong oleh undang-undang.

Setakat ini, misalnya Suruhanjaya Siasatan Diraja telah ditubuhkan, antara lain, berhubung tragedi-tragedi di Terminal Feri Pulau Pinang dan Bright Sparklers Fireworks. Rekod menunjukkan terma rujukan bagi kedua-dua tragedi meliputi perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan pematuhan terhadap prosedur dan standard keselamatan. Tragedi dan bencana itu telah menyebabkan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian dan tidak mematuhi prosedur operasi oleh pihak berkuasa relevan. Tiada yang menyentuh mengenai punca kematian bagi satu orang.

Oleh yang demikian, dengan Kanun Acara Jenayah sebagai undang-undang yang spesifik yang mempunyai peruntukan bagi diadakan inkuiri kematian, dengan itu adalah sewajarnya bagi Mahkamah menentukan punca kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah cara yang betul dan mengikut undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan penyiasatan.

Apa yang penting ialah kita mesti mematuhi Undang-undang negara. Demi keadilan, perlu diselesaikan bagi kepentingan bersama di pihak kerajaan dan awam. Inkuiri di bawah Kanun Acara Jenayah dibenarkan oleh undang-undang dan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah mekanisme untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama. Ia juga akan menyelesaikan sepenuhnya semua kebimbangan di pihak kerajaan dan orang ramai.

Friday, July 17, 2009

Apakah ini yang mereka pelajari dalam perundangan?

Tanpa usul periksa atau mempertimbangkan keadaan, Pakatan, (terutama DAP) tidak berlengah mengecam kerajaan berhubung kematian misteri Teoh Beng Hock di Shah Alam.

Orang macam ini ke kita nak bagi mandat memerintah negara?

Mereka sepatutnya  sedar siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui apa sebenarnya punca  kematian bekas Setiausaha Politik itu?

Lagi menyedihkan apabila kita mendapati 17 buah NGO turut, tanpa usul periksa, mengemukakan petisyen yang disiarkan oleh Sin Chew Online - antaranya, termasuk Bar Council.

Kebanyakan mereka peguam...apakah ini yang mereka pelajari dalam perundangan?...terus tuduh dan hukum tanpa menyiasat terlebih dahulu?

Blogged with the Flock Browser

Saturday, July 11, 2009

RM10 juta untuk sekolah Tamil dan Cina : Sikap autoritarian Khalid Ibrahim sbg MB

Demokrasi kau kata?

Dengan cara menggunakan platfom demokrasi dan ketelusan, MB Selangor Khalid Ibrahim dipacu oleh elemen-elemen anti Melayu yang sekali gus ,mengaburkan mata penyokong Melayu dalam persekongkolan mereka menjelang pilihanraya umum pada Mac 2008.

Kini semua itu hanya tinggal sebagai kenangan sejarah gelap kepada orang Melayu negeri Selangor yang kini terpaksa hidup di bawah ketentuan seorang diktator.

Jika tidak cukup dengan kerakusan untuk mengenepikan hak Sultan dalam hal agama, Khalid mempamerkan ketidakadilannya (walaupun dia berdiri dan menang di atas platfom KEADILAN!) apabila dengan sewenangnya meluluskan peruntukan RM10 juta untuk sekolah Tamil dan Cina di Selangor...

Terkilan dan terkejut besar orang Selangor. Apa jadahnya? Selama ini sekolah Tamil dan Cina diberi bantuan oleh kerajaan persekutuan...

Kenapa sekolah Tamil dan Cina saja? Apa pulak dengan sekolah agama?

Jika disorot hala tuju tindakan Khalid Ibrahim ini dengan dibaca senada bersama tindakan mengenpikan hak Sultan dalam soal perlantikan pegawai MAIS, kita terhidu sesuatu yang busuk...